Ramai yang tidak tahu bahawa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh letak penama secara percuma. Penamaan boleh dibuat dengan mengisi borang di i-Akaun, print dan perlu di hantar ke pejabat KWSP.
.
Masih ramai tidak sedar bahawa pentingnya penamaan ini dibuat bagi memudahkan waris mengeluarkan wang di dalam KWSP apabila pencarum meninggal dunia.
.
Apa berlaku jika TIADA penama?
.
Jika tiada penamaan di KWSP, pihak waris perlu mendapatkan surat kuasa tadbir/Letter of Administration/Probate untuk menguruskan.
.
Proses mendapatkan surat kuasa ini memakan masa dan kos. Ianya berisio memakan masa yang lama dan kos yang tinggi. Ini antara faktor penyebab lebih RM60 billion harta umat Islam terbeku. Jika buat penama, wang KWSP terus dibank ini kepada si penama. Jimat masa dan kos waris.
.
Esok 1 April bagi yang mohon i-Lestari melalui i-Akaun boleh buat penamaan terus. Jangan tangguh takut terlupa dan menyukarkan waris kita untuk mengeluarkan.
.
Ini Faiz kongsikan bagaimana caranya berserta gambar Cara Buat Penamaan KWSP:
1. Log in i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/
2. Tekan bahagian ‘NOMINATION’.
3. Masukkan butiran peribadi. Tekan ‘Next’
4. Masukkan jumlah penama yang hendak diletakkan. Maksimum 24 orang penama.
5. Masukkan butiran penama nama, no kad pengenalan, tarikh lahir, hubungan dan peratusan. Tekan ‘Next’.
6. Setelah selesai mengisi butiran peribadi dan penama. Semak semula dan pastikan butiran betul. Tekan ‘Print’. Borang yang telah print hendaklah dihantar ke kaunter KWSP.
Bagi Juga : Cara Mohon i-Lestari dan i-Akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Jadi alang-alang dah mohon i-Lestari boleh terus buat penamaan. Sekejap sahaja hanya enam langkah mudah sahaja. Kita mudahkan waris kita untuk keluarkan wang KWSP kita andai kita meninggal dunia dahulu sebelum sempat bersara.
Daripada wang itu terbeku tidak dituntut sebab makan masa dan kos. Lebih baik ianya dapat digunakan oleh waris. Sekurang-kurangnya pahala kita dapat berjalan walaupun kita tidak ada lagi. Betul ke betul?
Nota : Penama KWSP hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir (bagi orang yang beragama Islam). Wang KWSP wajib dibahagikan mengikut faraid. Penama hanya pemegang amanah sahaja untuk menguruskan wang tersebut.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk INFO TERBARU yang best gila ni!
Follow FB saya Amirul Faiz Aminuddin
.
Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang Amirul Faiz Aminuddin
.
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN