TUTORIAL CARA PENGELUARAN ONLINE RM500 KWSP (I-LESTARI)

Hari ini 1 April pencarum KWSP boleh mula untuk mohon pengeluaran RM500 sebulan KWSP bagi skim i-Lestari yang diumumkan oleh PM pada 23 Mac yang lepas.

Inisiatif ini bagi membantu pencarum KWSP yang terjejas pendapatan akibat COVID-19. Namun begitu, pencarum KWSP yang tidak terjejas turut boleh memohon pengeluaran maksimum RM500 sebulan selama 12 bulan.

Permohonan ini boleh dilakukan dengan 3 cara sama ada:

1. secara Online melalui i-Akaun.

2. emel kepada ilestarimohon@epf.gov.my

3. secara pos ke alamat KWSP.

Permohonan boleh dibuat bermula pada hari ini 1 April. Pencarum boleh memohon secara online tanpa perlu pergi ke pejabat KWSP. Permohonan online boleh di buat menggunakan i-Akaun.

Ini Faiz kongsikan bagaimana caranya berserta gambar cara pengeluaran secara online melalui i-Akaun :-

1. Log in i-Akaun di https://www.kwsp.gov.my/

2. Tekan bahagian ‘WITHDRAWAL’.

3. Tekan bahagian ‘New Application’.

4. Pilih ‘i-Lestari’.

5. Masukkan jumlah yang hendak dikeluarkan. Minimum RM50 dan maksimum RM500.

6. Masukkan butiran bank.Tekan ‘Next’

7. Masukkan butiran peribadi. Tekan ‘Next’

8. Tekan ‘Request TAC’. No TAC akan dihantar ke no telefon di daftarkan.

9. Setelah berjaya akan dapat status ‘SUBMITTED’.

10. KWSP akan hantar laporan. Boleh save sebagai rekod.

Apa yang Faiz faham maksimum sekali permohonan adalah RM500. Jadi pencarum perlu memohon untuk mengeluarkan bagi bulan-bulan berikutnya.

Tiada masalah pon sebab boleh mohon online sahaja. Mudah bukan. Tunggu duit masuk akaun sahaja.

Cuma pandangan Faiz jika kita tidak memerlukan duit tidak perlu keluarkan duit tersebut kerana kena ingat bahawa KWSP adalah tabung persaraan kita kelak.

Tetapi jika kita memerlukan wang atau kita mempunyai rancangan untuk melabur di tempat berpotensi memberi pulangan yang lebih tinggi. Boleh teruskan.

Kemudahan dihujung jari kita je kan, kenapa perlu bersusah payah? Ha kan!

Baca Juga : Tutorial Cara Mendaftar i-Akaun

Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk TUTORIAL yang best gila ni!.Follow saya di FB Amirul Faiz Aminuddin

Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang https://t.me/amirulfaizaminuddin03.

AMIRUL FAIZ

CIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

4 thoughts on “TUTORIAL CARA PENGELUARAN ONLINE RM500 KWSP (I-LESTARI)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *