![](https://cikgukewangan.com/wp-content/uploads/2020/03/BOLEH-KELUARKAN-AKAUN-2-KWSP-RM500-675x351.png)
Ramai yang tanya kepada Faiz bagaimana nak keluarkan RM500 yang diumumkan PM pada 23 Mac yang lepas.
Permohonan ini boleh dilakukan dengan 3 cara sama ada:
1. secara Online melalui i-Akaun.
2. emel kepada ilestarimohon@epf.gov.my
3. secara pos ke alamat KWSP.
Bagi permohonan secara online pencarum perlu mempunyai i-Akaun terlebih dahulu. Berikut cara bagi yang masih belum ada i-Akaun.
Langkah 1:
Daftar i-Akaun di Kiosk KWSP atau Kaunter KWSP untuk dapatkan ID & Kata Laluan sementara.
.
Langkah 2:
Layari laman web KWSP. Pergi ke ‘Log Masuk’.
Gunakan ID & Kata laluan sementara yang diberikan melalui SMS untuk aktifkan akaun. Pengaktifan boleh dilakukan dalam tempoh 30 hari selepas menerima sms.
.
Langkah 3:
Bahagian Terma dan Syarat klik Setuju.
Seterusnya pilih ID Pengguna, Kata Laluan dan Frasa Rahsia anda
.
Langkah 4:
Selepas pengaktifan berjaya, akan keluar notifikasi berjaya pada paparan skrin anda
.
Langkah 5:
Selesai! Anda sudah boleh Log masuk dengan maklumat akaun baru.
.
Sumber : Portal Rasmi KWSP
Semoga bermanfaat
![](https://cikgukewangan.com/wp-content/uploads/2020/03/ILESTARI-876x1024.png)