PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN PTPTN

Melihat kepada kesan daripada wabak COVID-19 Perintah Kawalan Pergerakan mulai dilaksanakan 18 Mac 2020. Ini turut mengakibatkan sumber pendapatan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) turut terjejas.

Menurut kenyataan media Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Binti Ahmad, mengambilkira kesan wabak penyakit COVID-19 kepada ekonomi negara yang mengakibatkan kehilangan dan kekurangan sumber pendapatan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Kerajaan telah bersetuju supaya PTPTN menangguhkan pembayaran balik pinjaman PTPTN kepada semua peminjam.

Penangguhan bayaran balik selama tiga bulan ini akan berkuat kuasa serta merta sehingga 30 Jun 2020. Selaras dengan penangguhan tersebut, semua peminjam PTPTN juga akan dikecualikan daripada tindakan penguatkuasaan dan perundangan.

Kerajaan melalui KPT dan PTPTN sentiasa prihatin dan peka serta mengambil berat terhadap kebajikan semua peminjam PTPTN.

Untuk maklumat lanjut, peminjam boleh melayari laman web Kementerian Pengajian Tinggi.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *