TERKINI! PENCARUM KWSP DIBENARKAN KELUAR RM500

Masuk hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Perdana Menteri telah mengumumkan kemudahan pengeluaran i-Lestari bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di dalam Sidang Media Khas Perdana Menteri pada hari ini.

“Semua pencarum KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang simpanan dalam akaun 2 masing-masing tertakluk pada kadar maksimum RM500 sebulan untuk tempoh selama 12 bulan,” kata PM pada sidang media hari ini.

Pencarum KWSP dibenarkan mengeluarkan akaun 2 KWSP maksimum RM500 sebulan bagi tempoh selama 12 bulan. Ini bagi membantu pekerja yang terkesan akibat wabak COVID-19 yang menyebabkan kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji serta peniaga-peniaga yang terpaksa menutup perniagaan sepanjang tempoh PKP.

Perdana Menteri mengingatkan agar manfaat ini digunakan sebaik mungkin dengan membeli barang yang perlu dan penting sahaja.

Permohonan pengeluaran dibuka mulai 1 April di laman rasmi KWSP.

Antara intipati lain adalah :

1) Pengurangan caruman sebanyak 4%, berkuatkuasa April 2020, beri lebih wang kepada pencarum untuk memberi barang keperluan harian.

2) Majlis Tindakan Ekonomi putuskan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion. Ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan untuk 12 bulan.

3) Kerajaan setuju salur RM100 juta kepada KKM untuk pelantikan 2,000 kakitangan hospital baharu secara kontrak, terutamanya jururawat, kata Perdana Menteri.

4) Kerajaan setuju salur RM500 juta kepada KKM untuk beli keperluan perubatan seperti PPE, ventilator, serta keperluan makmal untuk COVID-19. Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat.

5) Kerajaan setuju salur RM130 juta kepada negeri bagi membantu kerajaan negeri menangani COVID-19. Peruntukan ini untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, pesakit COVID-19, serta petugas kerajaan negeri.

6) Kerajaan setuju lanjutkan penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan, melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020.

Semoga langkah yang diambil kerajaan ini dapat membantu rakyat yang dalam kesempitan di waktu ini. Kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah memberikan kerjasama kepada kerajaan sepanjang tempoh PKP ini berlansung bagi membendung wabak COVID-19.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *