APA ITU MORATORIUM?

Pada 24 Mac 2020 BNM telah mengeluarkan circular kepada bank dan institusi pinjaman di Malaysia untuk memberikan moratorium keatas segala pinjaman dan pembiayaan untuk tempoh 6 bulan.

Pada 19 Mac yang lepas bank dan institusi pinjaman/pembiayaan telah menawarkan moratorium keatas pinjaman/pembiayaan kepada pelanggan dengan perlu memohon kepada bank masing-masing. Kebanyakkan bank mempunyai syarat yang sama untuk mendapatkan moratorium iaitu

  1. Pesakit yang positif COVID-19.
  2. Diberikan cuti tanpa gaji oleh majikan.
  3. Diberhentikan kerja.
  4. Diberikan separuh gaji.

Baca Juga : BERITA BAIK!!! BANK TAWARKAN MORATORIUM KEPADA PELANGGAN

Namun, pada kali ini moratorium ini adalah automatik tanpa perlu memohon. Kesemua pinjaman/pembiayaan kecuali kad kredit sahaja. Ini bermaksud peminjam tidak perlu memohon kepada bank.

Jadi ianya sangat membantu peminjam pada saat situasi ekonomi keluarga pada saat ini akibat wabak COVID-19.

Pada yang masih tidak tahu apa itu moratorium boleh rujuk perkongsian dibawah daripada Tuan Ikmal Nordin.

1. Moratorium adalah bermaksud penangguhan rasmi bayaran. Ini bermaksud penangguhan bayaran terhadap pinjaman/pembiayaan.

2. Tak payah bayar loan rumah, loan kereta dan segala jenis loan daripada bank untuk 6 bulan bermula 1 April. Maksudnya daripada April sampai September, bayaran ditangguhkan.

Tapi bukan bermaksud loan tu dimaafkan 6 bulan. Kalau sebelum ni loan tamat bulan 12 tahun 2025, lepas ni tamat bulan 6 2026.

3. Hutang kad kredit masih kena bayar. Tapi kalau memerlukan boleh tukar jadi loan bertempoh 3 tahun dan kadar faedah tak lebih 13%. Maksudnya masih berhutang tapi murah sikit dan masa nak bayar panjang sikit.

4. Sebelum ni ada had untuk bank bagi pinjaman beli property, saham dan unit trust. Lepas ni had2 tu dimansuhkan. Had untuk bagi pinjam dekat syarikat2 berkait TNB, Petronas dan Telekom dinaikkan. Apa2hal eletrik, gas, minyak dan unifi kena jalan. Kalau unifi down macamana page2 troll nak main peranan waktu genting ni?

5. Macamana bank boleh tahan semua ni, tak rugi ke? Itu sebab BNM cakap yang rizab2 bank boleh dikurangkan, tak perlu simpan sangat duit, boleh guna sebab waktu krisis. Haritu pun BNM dah cairkan sebahagian rizab yang bank komersial simpan di BNM.

6. Semuanya untuk lancarkan kesempitan yang dihadapi orang ramai waktu ni. Dan kalau baca betul2 requirement ni sampai bulan 9. Siapa yang ‘read between the lines’ akan faham yang BNM sebenarnya jangka kesan ekonomi Covid untuk berlarutan lebih daripada 2 minggu ni saja. Mungkin akan sampai hujung tahun.

Sebenarnya tindakan yang diambil oleh BNM ini adalah untuk membantu orang ramai yang terkesan akibat COVID-19 tetapi orang ramai hendaklah beringat wang sepatutnya dibayar untuk pinjaman/pembiayaan tidak dibazirkan untuk pekara yang tidak wajib.

Semoga tindakan ini dapat mempermudahkan segala urusan kita.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

9 thoughts on “APA ITU MORATORIUM?

  1. Salam / Selamat Sejahtera Admin,
    Saya ingin bertanya lebih lanjut kerana saya masih kurang faham. Penangguhan bayaran balik selama 6 bulan oleh pihak bank secara automatik adakah ianya terpakai kepada:-

    1. Peminjam yang memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan seperti dalam artikel ini? Atau

    2. Terpakai kepada kesemua peminjam?

    Terima kasih atas penerangan.

    1. Waalaikummusalam/ Selamat Sejahrera Cik

      1. Yes yang memenuhi syarat seperti
      – Tiada tunggakan lebih 90 hari

      2. Terpakai kepada semua peminjam di bawah bank kecuali kredit kad sahaja.

  2. Saya masih xfaham..macam nie ke..kalau kita mohon moratirium bayaran kita akan ditangguhkan kee..kalu kita xmohon moratirium bayaran kita akan dibyar seperti biasa ke???

  3. Saya masih tidak faham dengan moratirium???macam ni ke kalau kita mohon moratirium..contoh bayaran-kereta…bayaran akan ditangguh kan ke….kalau kitaa xmohon moratirium byaran kita akan dibyat seperti biasa ke???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *