MASIH TAK TAHU NAK AMIK PENANGGUHAN AUTOMATIK PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN? BACA INI!

“Saya tak tahu lah En Faiz nak amik ke tak moratorium nie?”

Ramai yang masih tak tahu samaada nak amik atau tak moratorium pinjaman/pembiayaan bank nie sejak BNM umumkan automatik moratorium keatas semua pinjaman/pembiayaan bank pada 25 Mac 2020.

Baca Juga : BERITA BAIK!!! BANK TAWARKAN MORATORIUM KEPADA PELANGGAN

Jadi Faiz tulis atas pandangan individu sahaja. Tidak semua orang sama pandangan mereka.

1. Pertama sekali kena tahu moratorium ini automatik tidak perlu mohon, isi form online, call bank atau walk in bank bermula 1 April.

2. Segala pembiayaan/pinjaman bank seperti mortgage (sewa beli rumah), hire purchase (kenderaan), personal loan, ASBF/loan termasuk kecuali kredit kad.

3. Tempoh penangguhan bermula 1 April sehingga 30 September. Diulangi ianya automatik jadi tak perlu takot kalau dekat akaun masih tulis due date 1 April. Abaikan je😅

4. Tiada caj bayaran lewat atau ‘faedah tambahan’ akan dikenakan. Fahamkan 👉’faedah tambahan’👈

5. Bayaran bahagian ‘interest/keuntungan bank’ masih berjalan selama tempoh 6 bulan ini tetapi tidak perlu bayar sepanjang 6 bulan ini. Ianya akan ditambah diakhir pembiayaan. Kesannya tempoh pembiayaan akan jadi bertambah 6 bulan.

6. Jadi untung atau tak nak amik? Bergantung kepada individu masing-masing. Tidak semua orang sama. Mungkin soalan ini boleh bantu korang.

Simpanan kecemasan sudah cukup 6 bulan atau 1 tahun?

– Amik.

Rasa rasa nak tambah simpanan kecemasan sebab rasa tabung simpanan kecemasan sekarang tidak mencukupi?

– Amik

Takot majikan korang akan potong gaji/minta amik cuti tanpa gaji / berpotensi berhentikan kerja disebabkan COVID-19.

– Amik

Rasa nak settlekan pembiayaan/pinjaman awal. Tak nak lama-lama lagi disebabkan dah nak bersara/pencen.

– Tak perlu amik

Rasa punca pendapatan selamat/tidak terjejas disebabkan COVID-19. Simpanan kecemasan cukup untuk tampung sekurangnya 6 bulan.

– Tak perlu amik

Takot duit selepas dapat pengecualian bayaran balik pinjaman tidak boleh simpan dan dalam masa sama pekerjaan sekarang tidak terjejas pon?

– Tak perlu amik

7. Jadi kalau rasa ‘Amik’ lagi banyak so tak perlu nak mohon apa-apa sebab ianya automatik. Duit tuh simpan dalan tabung #emergencyfund bukan guna joli. Ingat!!!

8. Kalau rasa ‘tak perlu amik’ lagi banyak so kena call bank korang maklumkan bahawa tidak mahu amik moratorium.

9. Kalau tanya kawan ke, personal advisor ke, mereka hanya boleh bagi cadangan je. Keputusan kena buat sendiri sebab hanya kita sendiri tahu keadaan kewangan kita sendiri.

10. Ada je yang sudah ada tabung #emergencyfund mencukupi tapi masih lagi amik manfaat moratorium nie untuk ada lebihan cash dan mereka tahu untuk manfaatkan sebaiknya.

11. Ada juga yang tak ada tabung #emergencyfund mencukupi tapi tak nak pon amik manfaat ini sebab nak settlekan pembiayaan/pinjaman awal.

12. Pada Faiz okay je kalau nak amik moratorium nie untuk dapat lebihan cash dan tambah tabung #emergencyfund. Kesannya hanya tambah tempoh 6 bulan je.

Jika masih ragu-ragu lagi amik je moratorium nie sebab kalau simpanan kita betul-betul mencukupi kita tak rasa nak ragu-ragu untuk tolak😬

Apa-apa pon Faiz cuma nak advice sangat-sangat kepada kawan-kawan Faiz untuk tanam dalam minda

SIMPAN! SIMPAN! SIMPAN! SIMPAN! SIMPAN!

Jika kita tiada simpanan mungkin dah terasa bukan bila berlaku bencana COVID-19 ini. Bagaimana penting simpanan ini di kala waktu ini.

Semoga perkongsian ini menjawab dan membantu persoalan kawan-kawan Faiz mengenai moratorium bank.

AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *