POWER OF COMPOUNDING

Teknik ini sangat power digunakan dalam pelaburan kerana hasil daripada compounding effect ini sangat banyak.

Albert Einstein menyatakan COMPOUNDING INTEREST adalah keajaiban dunie ke-8. (tak pasti fakta sahih atau tidak)

Compounding effect bermaksud menerima faedah diatas modal + faedah yang diterima sebelum ini.

Sebagai contoh :-

Tahun 1
Ali melabur RM12K selama setahun dengan pulangan 5.5% akan mendapat pulangan RM660.

RM12K x 5.5% = RM660

Tahun 2
Jika RM660 itu dilaburkan semula/tidak guna dengan pulangan dan tempoh yang sama Ali akan mendapat pulangan RM696

RM12 660 x 5.5% = RM696

Tahun 3
Jika RM696 itu dilaburkan semula/tidak guna dengan pulangan dan tempoh yang sama Ali akan mendapat pulangan RM734

RM13 356 x 5.5% = RM734

Jika diteruskan sehingga akhir tahun ke-10. Jumlah keseluruhan yang akan Ali dapat dengan pulangan yang sama adalah sebanyak RM20 497. Keuntungan sebanyak RM8497.

Berbanding sebaliknya jika pulangan hasil pelaburan setiap tahun digunakan maka hasil selepas 10 tahun jumlah keseluruhan yang Ali dapat hanya lah RM12 660.

Teknik ini perlu bermain dengan MASA. Kerana teknik untuk jangka masa panjang. Adalah penting untuk memastikan tahap disiplin diri yang tinggi untuk tidak mengeluarkan atau membelanjakan keuntungan yang diperolehi (mesti susah kan?).

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *