6 Perkara Perlu Tahu Sebelum Beli Medical Card

Dalam malaysia ada berbelas syarikat Takaful yang menawarkan medical card dan sudah tentu setiap syarikat menawarkan manfaat yang berbeza-beza. Bila nak pilih medical card semestinya kita nak cari yang terbaik kerana kalau boleh kita nak tetap dengan medical card yang sama untuk tempoh yang panjang atau akhir hayat kita.

Jadi berikut Faiz dah senaraikan 6 perkara perlu tahu sebelum beli medical card untuk kita dapat buat keputusan yang tepat.

  1. Limit tahunan & seumur hidup

Kena tahu setiap medical card ada dua perkara nie. Limit nie sangat penting kerana bila tahap penggunaan dah sampai limit. Medical card kita dah tak boleh guna dan jika kita tengah mendapatkan rawatan. Kita perlu bayar menggunakan duit sendiri apabila telah sampai limit ditetapkan.

Pilih limit tahunan yang tinggi. Sekarang limit 1 juta pun boleh dapat dengan harga yang murah. Limit bawah 100 ribu dah tak relevan. Tengok lah kos rawatan sekarang berapa. Amik contoh pembedahan jantung pada hari ini RM80k. 10 tahun akan datang tak tahu berapa.

Maka, pilih yang tiada limit seumur hidup. Walaupun limit tahunan 1 juta sekali pun, jika limit seumur hidup cuma 2 juta tak guna juga. Medical card dah tak boleh guna bila penggunaan cecah limit 2 juta. Rugi!

  1. Deduktible/ko-takaful

Deductible ni fix amount yang kita kena bayar bila warded. Contoh, pelan medikal kad deductible rm 300, so kalau warded kena total Rm 5,000

Rm 300 – bayar sendiri
Rm 4,700 – medikal kad bayar

Ada medical card yang ada deductible RM300, RM500, RM10,000.

Manakala ko-takaful pula ialah perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful.

Berbentuk dalam jumlah atau peratusan yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat takaful.

Contoh :- 10% atau nilai maksimum bergantung pada Syarikat Takaful.

Maka anda perlu membayar KO-TAKAFUL mengikut jumlah yang ditetapkan…Sebagai contoh :

  1. Abu menjalani PEMBEDAHAN dan caj hospital dikenakan adalah RM20K. Bedasarkan pelan MEDICAL CARD – ” Pelan Ko – Takaful” sebanyak 10% jumlah dari Bil hospital, Ahmad perlu bayar sendiri dan nilainya adalah sebanyak RM2K.
  2. Borhan menjalani PEMBEDAHAN dan caj hospital dikenakan adalah RM20K. Bedasarkan pelan MEDICAL CARD – ” Pelan KO – Takaful” sebanyak maksimum RM500 perlu dibayar oleh Borhan, selebihnya akan di tanggung oleh Syarikat Takaful sebanyak
    Rm 15K.

Oleh itu, pilih medical card yang tiada deduktibel dan ko takaful. Tidaklah terkejut apabila melihat jumlah kena bayar nanti.

  1. Harga Bilik (Room & Board)

Harga bilik juga sangat penting kerana dalam medical card kita ada mention berapa room & board. Sebaiknya pada masa kini cari room & board RM200 keatas kerana ada sesetengah hospital dah tak ada yang bawah RM200.

Jika kita admit hospital yang minimum harga bilik RM200 tetapi medical card kita cover bilik RM150 sahaja sehari. Lebihan RM50 tuh kita perlu bayar guna duit sendiri. Alah tak banyak pon.

Tak banyak apa! Kalau dah admit 10 hari x RM50 dah RM500. Jadi sebaiknya amik yg minimum RM200 dan keatas.

  1. Standalone/Investment-linked

Medical card ada yang standalone dan investment-linked. Standalone ini bermaksud hanya manfaat medical card sahaja semata-mata. Tiada manfaat lain. Investment-linked pula medical card yang sekali ada hibah (pampasan kematian) dan cash value (nilai tunai).

Sebaiknya amik yang investment-linked kerana hibah ini sangat penting jika kita dah berkeluarga. Ramai yang amik medical card sahaja sudah cukup tetapi tidak sedar medical card hanya terpakai untuk diri kita sendiri sahaja.

Bila meninggal medical card tersebut tak boleh digunakan oleh waris untuk bayar beras. Tak berguna kepada waris apabila kita meninggal. Cash value juga sangat penting kerana ada keadaan kita tidak mampu bayar mungkin disebabkan kena buang kerja, bisnes tak baik. Cash value dapat cover untuk beberapa bulan sehingga lah kita mampu bayar semula.

Selain itu, cash value ini juga berfungsi mengelakkan polisi kita lapsed. Ada masa kita terlupa nak bayar. Jika medical card standalone 30 hari lepas tarikh due terus lapsed. Jika ada cash value, pihak syarikat akan tolak daripada cash value sehingga habis baru akan lapsed.

Ada kes berlaku pemilik polisi kemalangan dan tidak bekerja selama beberapa bulan sehingga terlupa nak bayar polisi beliau. Akhirnya polisi takaful beliau lapsed begitu sahaja.

  1. Step-up / level-contribution

Level contribution ni secara mudahnya harga sumbangan yang tak berubah, step up contribution ni pula harga sumbangan yang berubah secara beransur.

Mana lagi bagus? Bergantung.

Ada orang suka jenis level contribution. Pelan- pelan ni mempunyai nilai tunai sebagai backup jika berlaku semakan caj tabarru’. Pelan ni biasanya agak mahal (tak semestinya) ketika mula² apply tetapi harganya lebih lama bertahan. Mudah untuk menjaga cash flow.

Ada juga orang suka jenis step up contribution. Harga akan meningkat secara beransur-ansur setiap tahun, 3 tahun, atau 5 tahun. Jadual harga telah pun disediakan sejak awal pembayaran. Contoh, harga sumbangan RM100, purata kenaikan setiap 5 tahun RM10. 10% setiap 5 tahun.

Bagi sesetengah yang mempunyai pekerjaan stabil dan gaji yang meningkat secara konsisten (meningkat lebih 10% setiap 5 tahun), lebih suka memilih pelan jenis ini kerana harganya lebih murah ketika mula2 apply. Ini bergantung kepada umur, pekerjaan, status kesihatan ketika memohon.

Walaubagaimanapun, survey dulu pelan korang. Mana tahu, korang boleh dapat pelan jenis level contribution yang lebih murah dengan benefit yang lebih tinggi.

Semakan harga boleh saja berlaku kepada mana² medical card. Ini kerana faktor inflasi perubatan yang tidak terkawal, jumlah claim yang terlalu tinggi, performance pelaburan yang kurang baik, kos- kos lain yang meningkat. Biasanya pelan step up contribution lebih awal terkesan berbanding pelan level contribution.

  1. Bajet Yang Sesuai

Cari yang sesuai dengan bajet. Maksimum 7% dari gaji. 3% lagi standby untuk income replacement. Gaji RM2500, maksimum RM175 sebulan sahaja untuk medical card.

Jangan ambil semua rider/manfaat. Pilih! Rider ni macam lauk. Bila kita order nasi, lauk kena pilih 1 ke 2 lauk sahaja. Kalau ambil banyak lauk, harga jadi mahal.

Jadi pilihlah yang betul- betul penting dan nak. Jangan terpengaruh. Ingat! Bila cashflow negative, medical card pasti lapsed.

Bila lapsed jika masih mudah dan sihat tiada masalah untuk amik semula tetapi siapa tahu bila penyakit datang. Sebaik-baiknya elak supaya polisi daripada lapsed.

Ini sahaja tips jika anda tengah mencari medical card yang sesuai untuk diri atau keluarga.

Saya mempunyai akses untuk dapatkan quotation dari pelbagai syarikat takaful yang ada di Malaysia khusus untuk bantu anda. Tiada bias terhadap satu company sahaja.

Dalam malaysia ada berbelas syarikat Takaful jadi untuk memudahkan anda saya sendiri akan senarai pendekkan kepada 3 yang terbaik dan yang termurah tetapi coverage adalah tinggi.
.
Mudah kan? Jangan risau.. tiada risiko, semuanya percuma khusus untuk bantu anda…

Jika korang hendak pilih ‘COMPANY A’ seperti diatas saya boleh bantu anda


Klik link di bawah sekarang untuk dapatkan segera…

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *