Rich Dad , Poor Dad

Robert T. Kiyosaki dalam buku nya Rich Dad , Poor Dad ada cerita mengenai beberapa kisah orang yang berbeza latar belakang.

Kisah 1
=====

Bagaimana seorang rakyat biasa yang menjadi jutawan sekelip mata apabila menang loteri tetapi menjadi bankrup dalam masa beberapa tahun sahaja.

Kisah 2
=====

Bagaimana seorang artis yang ketika zaman kemuncak kegemilangannya sangat kaya dan jutawan hasil usaha dan bakatnya namun apabila memasuki zaman kemerosotan kegemilangan.

Beliau menjadi seorang yang susah dan bankrup.

Kisah 3
=====

Bagaimana seorang influncer di media sosial yang menjadi kaya dengan hanya melalui media sosial sahaja. Tidak perlu ada sijil dan pendidikan tinggi.

Hanya menjadi seorang yang famous di media sosial boleh mencipta pendapatan yang lumayan namun apabila ianya tidak famous lagi.

Hidup kembali menjadi rakyat biasa semula.

Apa yang Robert T.Kiyosaki sampai di dalam bukunya adalah masa kini semua orang boleh buat duit. Income boleh datang daripada pelbagai sumber.

Namun satu yang masih menjadi masalah adalah bagaimana pengurusan DUIT tersebut. Adakah DUIT itu terus mencipta DUIT atau sebaliknya.

Dalam buku beliau banyak berkongsi mengenai kewangan dan bagaimana beliau bersara awal. Jika korang pergi kedai buku cari lah. Ada versi English dan Bahasa.

Of course Faiz pilih English. Hahaha

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *