APA BEZA ASB & ASB 2 ===================

Hari ini Faiz terima banyak whatsapp yang bertanya mengenai perbezaan antara ASB dan ASB 2? Oleh kerana ramai yang bertanya maka Faiz pon nak share bagi clear😁
.
Untuk pengetahuan korang mungkin selama ini lebih mengenali ASB sahaja berbanding dana lain yang terdapat di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB). Sebenarnya terdapat beberapa dana lagi di bawah PNB😱
.
PNB dan ASNB itu sama ke? Ya sama Amanah Saham Nasional Berhad adalah anak syarikat milik penuh PNB. Dibawah PNB terdapat dua jenis kategori dana iaitu dana berharga tetap dan dana berharga tidak tetap.
.
Apa pulak tetap dan tak tetap nie Faiz 😂. Sabar sabar teruskan baca.
.
Dana harga tetap ini bermakna harga dia tetap dan tidak turun atau naik. Sebagai contoh ASB iaitu satu unit berharga RM 1. Sebab itu apabila dividen diumumkan 7 sen seunit bersamaan 7%. Contoh dana dibawah PNB berharga tetap adalah ASB, ASB 2, ASB 3-Didk, ASM, ASM 2- Wawasan dan ASM 3.
.
Dana harga tak tetap ini bermakna harga dia tidak tetap dan akan turun atau naik setiap hari. Contoh dana PNB harga tak tetap adalah ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2.
.
ASB ini ditubuhkan pada tahun 1990 dan had maksimum setiap individu yang pertama kali adalah sebanyak RM200k sahaja dan had ini akan bertambah setiap tahun apabila had maksimum telah mencapai RM200k.
.
ASB 2 pula ditubuhkan pada tahun 2014 dan had maksimum setiap individu sama seperti ASB. Namun, PNB mengehadkan kuota bagi ASB 2 dan buat masa sekarang tiada kuota bagi ASB 2 ini. Kebiasaannya apabila dibuka sangat laju seperti goreng pisang panas habis. Hahaha
.
Dari segi dividen ASB 2 kurang daripada ASB disebabkan setiap dana dilaburkan di portfolio yang berbeza. Namun begitu, pelabur bijak tetap memenuhkan sehingga 400k bagi kedua-dua dana ini.
.
Oleh itu, dana seperti ASB dan ASB 2 ini adalah dana yang bersifat ‘zero risk’ kerana harga unit tetap dan tidak berubah iaitu RM 1 bagi seunit. So jangan lepaskan peluang yang terbuka khas buat bumiputera sahaja.
.
So harap korang jelas dan faham apa itu ASB & ASB 2 dan jangan terkejut jika dalam MyAsnb korang tertulis lebih daripada satu dana kerana dibawah PNB bukan ada ASB sahaja.

Semoga bermanfaat

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *