Anak muda atau fresh grad baca ini sebelum beli kereta.

1. Anak muda atau fresh bila nak beli kereta kena buat kira-kira dulu.

2. Ingat kereta hanya lah satu alat sahaja untuk bawa daripada tempat A ke tempat B.

3. Kereta bukan pengukur kejayaan seseorang itu berjaya atau tidak.

4. Beli kereta tak salah tetapi ramai yang tersalah beli kereta.

5. Beli kereta bukan untuk meyedapkan mata orang sekeliling kita. Beli kereta tujuan hanya sekadar memudahkan urusan kita.

6. Beli kereta jangan mengikut bajet poket kawan kita. Beli kereta mengikut bajet poket kita.

7. Beli kereta harga bersamaan setahun gaji kita bukan berasamaan 5 tahun gaji kita.

8. Beli kereta bukan semata-mata bayar ansuran sahaja. Beli kereta juga akan termasuk kos yang lain juga (petrol, maintenance, repair, parkir,tol, takaful, cukai jalan).

9. Jika ansuran kereta sudah makan separuh gaji. Percayalah kita akan bermasalah membawa kepada hutang pembiayaan peribada dan kad kredit pada masa akan datang.

10. Gaji kita bukan semata-mata untuk membela kereta sahaja. Gaji kita untuk banyak perkara.

11. Makin mahal harga kereta 🚗 , makin susah untuk beli rumah pertama 🏡 kita.

12. Barang perlu diingat kereta bukan lah aset tetapi liabiliti kepada kita.

13. Susut nilai sebuah kereta adalah sehingga 50% selepas 5 tahun.

14. Ingat kita akan bekeluarga tidak lama lagi. Jangan kos membela kereta lebih mahal daripada kos membela keluarga.

15. Tak guna beli kereta mahal tetapi nak menderma/sedekah kita berkira.

16. Tak guna beli kereta mewah tapi masih tinggul rumah sewa. Amboi‼️

17. Tips kewangan dan hartanah anak muda join https://bit.ly/2ZBzKkp

18. Kongsikan kepada ahli keluarga, kawan, sedara mara supaya mereka tidak tersilap beli kereta.

Semoga bermanfaat😃

AMIRUL FAIZ

CIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *