Rumah atau kereta. Mana dulu?

Ada yang tanya Faiz mana nak beli dulu sama ada rumah atau kereta bila dah bekerja nanti?

Kalau kita google pon ada beberapa survey yang dibuat mengenai perkara ini.

Jawapannya

Ikut keperluan masing-masing. Tak semua orang sama. Jangan terikut dengan orang lain bila dia beli rumah dulu.

Kerja pertama sahaja terus beli rumah sebelum beli kereta.

Kita pon tidak boleh menghukum orang yang beli kereta dulu sebelum rumah tak pandai urus kewangan.

Kereta menjadi keperluan kepada beliau kerana

1. Tidak pandai naik motor. Hanya pandai bawa kereta sahaja untuk pergi ke tempat kerja.

2. Tempat kerja tidak mesra dan jauh daripada pengangkutan awam.

3. Kos naik pengangkutan awam lebih tinggi berbanding kos tanggung kereta sebulan (perlu tukar train then naik grab).

4. Dalam keluarga beliau selama ini tidak pernah ada kereta. Hanya ada motor sebuah dan kemana-mana naik pengangkutan awam (masih ada keluarga begini).

5. Naik kereta lebih selamat berbanding motor terutamanya bagi wanita.

Jadi beli lah kereta dulu kerana kereta lebih utama dan keperluan daripada rumah.

Tetapi beli kereta ikut kemampuan bukan kelayakan. Ramai yang tersalah beli kereta kerana ikut kelayakan.

Beli kereta ikut max gaji yang layak. Ansuran sahaja lebih separuh gaji. Tak masuk kos nak beli kereta lagi.

Faiz ada share enam tips untung bila beli kereta. No 6 jarang orang buat 😬

ENAM TIPS ELAK TERSILAP BELI KERETA. NO 6 JARANG ORANG BUAT.Sekarang kadar keuntungan bank tengah sangat rendah kan….

Dikirim oleh Amirul Faiz Aminuddin pada Senin, 06 April 2020

Jadi jangan terburu-buru beli rumah sebab tengok orang lain beli rumah awal usia.

Setiap orang berbeza.

Ada orang datang raya untuk erat silaturrahim. Ada orang datang raya sebab nak cari rak buku. Macam tuh lah perbezaan setiap orang.

Tak berdosa pon. Yang berdosanya bila kita gaji RM2K tetapi nak beli kereta untuk orang gaji RM6K.

Lepas tuh marah cakap rumah semua mahal. Tuan rumah kapitalis letak sewa rumah mahal.

Komplen gaji tak cukup tetapi tak ada usaha nak tambah pendapatan.

Dah seronok swipe credit card. Setiap bulan bayar minimum. Bertahun-tahun bayar tak settle.

Marah bank yahudi amik untung besar. Dah buat pinjaman tetapi tak nak bayar. Hehehe

Faiz banyak share tips kewangan dan hartanah secara percuma di group whatsapp untuk bantu lebih ramai orang dalam mengurus kewangan dan dapatkan rumah pertama 👉 

Faiz juga bagi dua buah ebook kewangan secara percuma. Boleh dapatkan dalam telegram Faiz 👉 

Semoga bermanfaat

AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *