CARA DAPATKAN LAPORAN CCRIS DALAM MASA 24 JAM. JIMAT, CEPAT & MURAH !!!

CCRIS atau CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM adalah laporan kredit dan diuruskan oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia. CCRIS menunjukkan maklumat kredit daripada semua syarikat pengendali servis kewangan di Malaysia seperti bank, broker insurans dan juga syarikat swasta yang menyediakan servis utiliti seperti telekomunikasi.

Antara maklumat yang akan terpapar dalam laporan kredit CCRIS ialah pinjaman tertunggak, saman, dan status muflis. Data pada laporan kredit akan dibahagikan kepada tempoh 12 bulan. Ia akan mengandungi kredit maklumat berkaitan seorang individu seperti di bawah:

· Kredit tertunggak

· Akaun perhatian khas, iaitu akaun dimana kemudahan kredit dibawah penyeliaan institut kewangan.

· Permohonon pinjaman kredit dalam tempoh 12 bulan yang telah diluluskan atau dalam proses untuk diluluskan.

Sangat penting bagi sesiapa yang ingin mohon pembiayaan dengan bank untuk tujuan :-

· Pembiayaan rumah.

· Pembiayaan hire purchase.

· Pembiayaan peribadi.

Supaya dapat memudahkan banker yang akan uruskan pembiayaan nanti. Walaupun banker dapat mengakses laporan CCRIS kita kelak namun kita dapat mempercepatkan urusan banker yang akan menguruskan pembiayaan kita.

Banker pon seronok jika kita dapat mudahkan urusan mereka. Kita Bantu urusan banker, mereka pon akan mudahkan urusan kita.

Tak gitu?

Jadi Faiz akan share cara paling jimat dan cepat untuk dapatkan laporan CCRIS tanpa perlu pergi ke BNM. Hanya gunakan telefon pintar sahaja dan terus dapat laporan CCRIS.

Follow je step dibawah ini :-

Daftar di laman web MYCREDIT INFO

1. Layari ke laman web rasmi MYCREDIT INFO https://www.mycreditinfo.com.my

2. Klik bahagian PERSONAL CREDIT REPORT PLUS

3. Klik ‘SIGN UP NOW’

4. Klik ‘GET STARTED’

5. Dibahagian ini isikan maklumat peribadi dengan betul dan tepat.

6. Selesaikan sehingga proses pembayaran selesai.

7. Semak email yang di daftarkan untuk pengesahan pendaftaran.

8. Laporan CCRIS anda juga akan dihantar dalam masa 24 jam (hari bekerja).

9. Selesai

Korang juga boleh log in ke dalam akaun MYCREDIT INFO andai nak dapatkan salinan laporan CCRIS seperti dibawah.

Masukkan no kad pengenalan dan password yang telah didaftarkan.

TAHNIAH jika korang berjaya dapatkan laporan CCRIS. Yang belum berjaya ulang semula step diatas.

SEMOGA BERMANFAAT

Sumber dari FB Amirul Faiz Aminuddin

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *