
Bila kita buat simpanan melalui ASBF. Tanpa sedar kita akan membuat dua jenis tabung iaitu tabung jangka masa pendek/sederhana dan tabung jangka masa panjang.
Tabung jangka masa pendek/sederhana adalah dividen yang kita dapat setiap tahun. Dividen ini boleh digunakan untuk deposit rumah, kahwin, umrah/haji, melancong atau target kita dalam jangka masa pendek/sederhana.
Tabung jangka masa panjang adalah principal kita dapat bila terminate atau habis tempoh pembiayaan. Sebagai contoh, sijil RM200K selama 30 tahun.
Selepas 30 tahun kita akan dapat RM200k sebagai tabung persaraan kita. Ini tak termasuk dividen yang dapat setiap tahun.
Dividen yang dapat setiap tahun boleh digunakan/dikeluarkan tetapi principal hanya boleh dikeluarkan bila terminate/tamat tempoh pembiayaan. Maka siapa yang buat ASBF akan menyimpan dua jenis tabung dalam satu masa.
Tahniah yang keep konsisten menabung!!!