BERUNTUNG JIKA ADA AHLI KELUARGA CELIK KEWANGAN

Ko sebenarnya bertuah kalau ada ahli keluarga ko dapat bagi advice, bimbing dan risaukan pasal pengurusan kewangan.

Sebab apa? Ko dapat elak tersilap membuat dosa-dosa kewangan yang terpaksa tanggung bertahun-tahun.

Ramai menyesal tersilap dalam mengurus gaji mereka bila diawal usia. Mereka rasa masih terlalu muda untuk menyimpan. Masa muda untuk enjoy dahulu dengan gaji.

Tapi silap bila dah berusia gaji habis bayar hutang yang dicipta ketika muda. 5 tahun bekerja simpanan tiada ❌ asset pon tiada ❌.

Tak ada orang rapat yang tegur atau nasihatkan langkah betul dalam mengurus gaji.

Jadi kalau ada ahli keluarga atau kawan yang selalu ingatkan suruh ko menyimpan. Terima lah nasihat mereka. Berkawan lah dengan mereka.

Jika tiada ahli keluarga atau kawan yang dapat beri nasihat dalam mengurus kewangan yang betul. Ko jadi lah orangnya untuk beri manfaat kepada ahli keluarga dan kawan-kawan ko.

Kat fb banyak sifu, idola, mentor kewangan yang beri tips, nasihat, motivasi kewangan secara percuma. Follow mereka dan sesuaikan dengan diri korang.

Jangan asyik follow artis je. Diaorng lain. Duit banyak. Bergaya pon untuk income masuk lagi banyak. Kita bergaya akhir bulan korek tabung😅

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *