Transfer duit melalui Mayban2u ke Tabung Haji, lebih mudah & jimat

Faiz tahu ada yang menyimpan dalam Tabung Haji (TH) selain daripada bank dan ASB. TH juga turut memberikan pulangan (hibah) untuk penyimpan mereka.

Jadi satu kelebihan untuk sesiapa yang nak pelbagaikan tempat simpanan. Boleh jadikan sebagai tabung umrah, haji atau ibadah korban.

Yang dah ada akaun TH tidak perlu lagi nak beratur di kaunter atau ATM untuk simpan. Boleh trasfer secara online je.

Ini Faiz kongsikan bagaimana caranya berserta gambar cara transfer online ke TH melalui maybank2u.. Tapi sebelum tu, kita kena daftar dulu akaun TH di maybank2u. Nak daftar ni tak boleh secara online, kena pergi ke mesin ATM Maybank terlebih dahulu.

Baca Juga : Cara Bagaimana Nak Transfer Online ke ASB daripada Cimbclick/Maybank2u

Okay caranya mudah je, pastikan kita bawa sekali buku TH untuk pendaftaran ni.

1. Firstly, masukkan kad ATM ke dalam mesin ATM dan masukkan nombor pin kad.

2. Pilih menu TABUNG HAJI.

3. Kemudian, pilih menu Tabung Haji (TH).

4. Masukkan nombor akaun Tabung Haji di ruang yang disediakan, disusuli dengan nombor siri buku Tabung Haji.

Selepas selesai daftar di ATM, barulah boleh terus akses akaun Tabung Haji melalui maybank2u.

5. Log in ke akaun maybank2u https://www.maybank2u.com.my.

6. Scroll bahagian bawah ada bahagian untuk view Tabung Haji account.

7. Akan automatik keluar akaun TH kita. Klik pada akaun tersebut.

8. Tekan ‘Make Transfer’.

9. Pilih ‘From Personal Account’ dan ‘To Tabung Haji Account’.

10. Masukkan jumlah yang nak trasnfer dan tekan ‘Transfer’.

11. Masukkan TAC no akan dihantar ke no yang didaftarkan. Selesai.

Mudah kan sekarang nie. Semua di hujung jari je. Macam Faiz suka pecah-pecahkan simpanan supaya mudah kita trace kan.

Kita kan banyak target dan impian. Jadi boleh pecahkan. Jadikan akaun bank berlainan, ASB dan TH sebagai tabung untuk capai target kita.

Jadi kita tahu tabung target mana yang kita dah capai. Betul tak. hehehe.

Lagi sekarang kan dapat penangguhan bayaran balik pembiayaan. Jadi jadikan tempat-tempat macam nie untuk kita asingkan duit-duit tersebut.

Follow FB saya Amirul Faiz Aminuddin

Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang https://t.me/amirulfaizaminuddin03

AMIRUL FAIZ

CIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

8 thoughts on “Transfer duit melalui Mayban2u ke Tabung Haji, lebih mudah & jimat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *