Nak melabur dimana yang dapat pulangan paling tinggi?
Saya baca pelaburan tuh beri pulangan tinggi?
Dia dapat untung sampai 10% sebulan.
Bila ramai yang tanya Faiz soalan-soalan yang macam ini. Faiz nak kongsikan bagaimana nak cari pelaburan yang paling untung?
Sebelum melabur apa-apa ingat formula ‘2T2R’. Formula ini daripada Tuan Hj Mohd Asri. Sifu Pelaburan Saham Malaysia.
Apa itu 2T2R?
1. TIME
Kena tahu masa pelaburan yang nak dibuat. Berapa lama target pelaburan yang nak kita buat. Pelaburan untuk jangka pendek, sederhana atau panjang?
Sebab setiap pelaburan berbeza. Jika melabur dalam hartanah mungkin sesuai untuk pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Tidak sesuai untuk jangka masa pendek 1-2 tahun.
2. TYPE
Tahu jenis pelaburan yang kita nak buat. Tanya diri produk pelaburan yang mana sesuai dengan diri kita. Sesuai daripada sego kos, masa, risiko dan pulangan. Adakah kita mampu untuk melabur dalam pelaburan tersebut.
Kos melabur didalam hartanah perlukan kos yang tinggi berbanding melabur dalam unit amanah tetapi pulangan dalam hartanah mungkin lebih tinggi daripada unit amanah.
Kos melabur dalam ASB lebih rendah daripada melabur dalam unit amanah tetapi pulangan dalam unit amanah mungkin lebih tinggi daripada dalam ASB.Jadi kena tahu kita melabur dalam apa?Melabur dalam sesuatu yang kita tahu.
3. RISK
Jangan tanya return, tanya risiko yang kita boleh terima bila melabur. Kebanyakkan kita hanya nak tahu pulangan sahaja tanpa amik kisah dengan risiko pelaburan tersebut.
Tak nak tahu pasal risiko jika kita melabur dalam pelaburan tersebut. Yang penting pulangan sahaja. Mungkin kita lihat orang lain berjaya dapat pulangan tinggi dalam pelaburan tersebut tetapi belum pasti kita dapat sama.
Orang lain dia boleh terima risiko pelaburan tersebut tetapi kita belum tentu.
Sentiasa ingat bahawa high risk, high return.
Tiada pelaburan menjanjikan keuntungan tanpa risiko. ASB dan TH turut tidak menjanjikan pulangan tetapi memberi jaminan modal.
4. REWARD
Yang terakhir adalah tanya reward atau return yang kita dapat bila melabur dalam pelaburan tersebut. Adakah berbaloi?
Pulangan mungkin kita tidak dapat kawal tetapi risiko kita boleh kawal. Bagaimana? Kita melabur dengan ilmu. Kita kawal emosi dalam melabur.
Orang yang mendapat reward yang tinggi dalam pulangan dia adalah sebab dia dapat terima dan berani terima risiko yand akan diterima dalam pelaburan tersebut.
Reward ini berbeza bagi setiap orang kerana mungkin Mak CIk Kiah rasa pulangan 6% setahun sudah tinggi bagi beliau. Berbeza dengan Mak Cik Vivy yang merasakan ianya sangat rendah.
Risiko melabur dalam hartanah seperti tersilap beli rumah, kena tipu dalam urusniaga, rumah tidak dapat sewakan, negatif cashflow tetapi pulangan dua kali ganda yang dapat bila dapat menjual rumah sangat berbaloi.
Jadi sebelum kita melabur dalam apa-apa pelaburan sentiasa tanya formula ‘2T2R’ kepada diri kita.
Formula ini berbeza bagi setiap orang kerana setiap orang tidak sama. Berbeza daripada segi modal, risiko dan emosi.
Jangan sesekali menyerahkan duit kita kepada pihak lain. Duit kita, kita yang uruskan.
Semoga bermanfaat.
Follow saya Amirul Faiz Aminuddin
.Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang https://t.me/amirulfaizaminuddin03.
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN
Like!! Thank you for publishing this awesome article.