CARA SAVING DARIPADA CIMBCLICK/MAYBANK2U KE ASB

Mungkin ramai lagi yang belum tahu yang kita tidak perlu beratur lagi di pejabat ASB, poslaju dan bank untuk semata untuk buat simpanan dalam ASB.

.
Sebab sekarang boleh buat hanya melalui transfer daripada bank sahaja.

.
Mudah bukan.

.
Yang lagi bagus kita tidak boleh transfer secara online daripada ASB ke bank kita jadi selamat simpanan kita😅

.
Ye lah kalau simpan sahaja dalam akaun bank. Akhir bulan cucuk untuk keluarkan.

.
Faiz pon sama macam tuh😬

.
Jadi kalau masuk dalam ASB nak keluarkan kita perlu isi borang dan beratur di kaunter.

.
Jadi susah untuk keluar😜

.
Sekarang banyak bantuan dapat daripada goverment seperti

.
1. Penangguhan PTPTN selama 6 bulan.

2. Moratorium pembiayaan bank selama 6 bulan.

3. Bantuan Prihatin Nasional.

.
Kalau pendapatan kita tidak terjejas ini lah masa untuk buat/tambah tabung #emergencyfund.

.
Asingkan terus dalam ASB.

.
Ini Faiz kongsikan bagaimana caranya berserta gambar boleh saving daripada CIMBCLICK/MAYBANK2U ke ASB :


CIMBCLICK KE ASB
==============

1. Log in cimbclick di https://www.cimbclicks.com.my

2. Tekan bahagian ‘Apply & Invest’.

3. Tekan bahagian ‘ASNB’.

4. Masukkan butiran seperti no akaun ASB dan nama dana. Tekan ‘Next’.

5. Pastikan segala maklumat betul dan masukkan no telefon. Baca ‘Terms & Conditions’ dan tekan ‘Yes’. Setelah semua maklumat betul tekan ‘Submit’.

6. Caj pengurusan RM1 akan dikenakan. Jika pemindahan selepas waktu bekerja, transaksi akan diproses hari berikutnya tetapi wang di akaun akan di tolak.


MAYBANK2U KE ASB
==============

1. Log in maybank2u di https://www.maybank2u.com.myl

2. Pastikan gambar dan phrase yang kita pilih dan tekan ‘YES’.

3. Tekan bahagian ‘WEALTH’.

4. Tekan ‘ ASNB Amanah Saham Nasional Berhad’.

5. Jika ada dana selain ASB seperti Amanah Saham Bumiputera 2 juga akan keluar.

6. Tekan tiga titik seperti gambar ke-6 dan tekan ‘Make Transfer’.

7. Jika hendak pindah ke ASB pilih ‘Amanah Saham Bumiputera’.

8. Masukkan jumlah dan tekan ‘I have read…’. Tekan ‘Transfer’. Caj pengurusan RM1 akan dikenakan.

9. Maybank2u akan automatik synchronize jika kita ada akaun ASB.

.
Untuk cimbclick boleh buat di web sahaja manakala maybank2u boleh buat untuk web dan app😃

.
Kemudahan dihujung jari kita je kan, kenapa perlu bersusah payah? Ha kan!

.
Nota : Faiz ada kongsikan gambar step by step untuk saving daripada cimbclick/maybank2u ke ASB.

.
Silakan LIKE, #SHARE dan TAG orang yang kita sayang untuk INFO TERBARU yang best gila ni!

.
Follow FB saya 👉 Amirul Faiz Aminuddin

.
Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang
👉 https://t.me/amirulfaizaminuddin03

.
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *