Lelaki ini kongsikan 6 tips elak tersalah beli kereta. No 6 jarang orang buat

Sekarang kadar keuntungan bank tengah sangat rendah kan. Mesti ada terfikir untuk grab peluang untuk beli kereta.

.
Yang mana memang rasa ini masanya untuk beli kereta terutama kereta pertama. Boleh teruskan sementara rate bank tengah rendah.

.
Tetapi nanti dulu Faiz nak share tips untuk beli kereta supaya kita tidak tersilap beli kereta sehingga perlu tanggung sehingga 9 tahun.

.
Dibawah ini Faiz kongsikan tips beli kereta gaya hipster.

1. GAJI SETAHUN

Bila nak beli kereta jangan lah tengok brand apa yang nak beli terutama apabila beli kereta pertama.

.
Ramai anak muda tersilap apabila beli kerata adalah beli ikut kelayakan bukan kemampuan.

.
Gaji RM2500 mungkin layak beli Hondas Civil dengan bulanan RM1200. Hampir 50% daripada gaji. Ini belum masuk petrol, maintenance, parking, cukai, takaful dan lain-lain.

.
Macam mana cashflow tak rabak. Beli ikut kemampuan bukan kelayakan.

.
Beli ikut jumlah gaji setahun.

.
RM2500 x 12 bulan = RM30K

.
Ini sebenarnya harga kereta yang sebaiknya mengikut gaji kita. Ingat kita kerja bukan setakat nak bayar kereta sahaja. Banyak perkara lain perlu buat.


2. ANSURAN TAK LEBIH DARIPADA 15% GAJI BERSIH

.
Bulanan yang ideal untuk kereta adalah 15% daripada gaji bersih. Jika gaji RM2500 max bulanan kereta adalah RM375 sahaja.

.
Kenapa 15%? Sebab kita tak nak spend sehingga 50% gaji bersih untuk kos sebuah kereta. Perlu diingat bila beli kereta bukan hanya sekadar bayar ansuran sahaja. Ada kos yang
lain seperti :

– Petrol RM300

– Parking kereta kat bandar/tempat kerja & tol RM100

– Servis RM100

– Roadtax/takaful RM1500/12 bulan = RM125

– Total kos tersembunyi RM625

.
Jika gaji bersih RM2500 max bulanan kereta adalah RM375. Tambah kos tersembunyi jadi RM1000 sebulan untuk sebuah kereta bersamaan 40% daripada gaji.

.
Bagaimana jika ansuran kereta lebih daripada 15% daripada gaji bersih?


3. BELI KERETA SECARA CASH

.
Cara ini tidak semua orang mampu tetapi bagi yang mampu ini lah sebaiknya. Bila kita beli kereta secara cash kita dapat berjimat banyak daripada tanggung interest bank. Jika mampu beli cash boleh beli kereta terpakai bawah RM20K sahaja.

.
Banyak kereta terpakai yang masih elok dan boleh digunakan. Yang penting kena pandai untuk check dahulu sebelum beli. Pergi beberapa kedai kereta terpakai untuk survey.

.
Bawa kawan atau foreman yang pandai tengokkan kereta. Belanja lah diaorng makan sikit.

.
Kita juga dapat save DSR kita. CCRIS kita juga cantik je. Boleh beli rumah cepat sikit.


4. BELI DUA KERETA SEKALIGUS

.
Cara ini bagi yang ada modal dan pandai bisnes boleh guna cara tetapi kena berhati-hati takot akan rabak DSR.

.
Beli dua kereta sekaligus. Satu untuk pakai sendiri manakala yang kedua untuk disewakan. Hasil sewaan kedua dapat cover untuk kedua-dua kereta.

.
Faiz ada kenal kawan yang ada empat buah kereta. Pada awalnya bukan nak buat kereta sewa pon. Company beliau bagi sebuah kereta untuk kegunaan dirinya sebab kerja beliau yang kerap travel.

.
Dia jarang pakai keretanya sendiri. Jadi dia buat kereta sewa. Dia tinggal rumah apartment jadi yang sewa memang orang yang tinggal dekat apartment tuh je. Tak buka sewa untuk orang luar pon.

.
Sampai lah dia tambah lagi kereta untuk sewakan sebab kereta dia selalu penuh orang booking.

.
Cara ini dalam masa sama dapat menambah pendapatan sampingan kita. Kalau boleh buat dokumenkan perniagaan supaya dapat dibuktikan kepada bank.


5. RULE 20/5/15

.
Formula ini bermaksud

20 – 20% Deposit

5 – 5 Tahun Tempoh Pinjaman

10 – 15% daripada gaji bulanan

.
Bagaimana nak kira harga kereta yang layak dibeli?

.
Boleh lihat contoh kiraan mudah yang berikut bagi mereka yang bergaji RM 2,500 sebulan.

.
Untuk ansuran bulanan 15%, maka jumlahnya 15% x RM 2,500 = RM 375

.
Maka harga kereta yang layak dibeli (anggaran kadar faedah pembiayaan/pinjaman kereta = 3%):

.
(RM 375 x 60 bulan) + (RM 375 x 60 bulan)(5 tahun x 3/100) = RM 25,875

.
Ya, dengan gaji RM 2,500, harga kereta yang layak dibeli dengan tempoh pembiayaan/pinjaman selama 5 tahun adalah sekitar RM 26,000 sahaja.

.
Itupun perlu disediakan deposit 20% iaitu sebanyak RM 5,200 menjadikan jumlah pembiayaan/pinjaman yang perlu dilakukan adalah RM 20,800

.
Ansuran bulanan yang dicadangkan akan berlegar sekitar RM 400.

.
Lebih panjang tempoh pembiayaan, lagi banyak interest yang kita akan bayar.


6. PAIRING PROPERTY

.
Teknik ini paling terbaik iaitu kita beli kereta tetapi orang lain yang bayarkan kereta kita tetapi tidak ramai yang sanggup buat.

.
Teknik kita gunakan hasil sewaa hartanah untuk bayar bulanan kereta kita. Kita hold dahulu keinginan untuk beli kereta jika masih belum betul-betul keperluan.

.
Kita beli hartanah pertama dan disewakan. Buat sewaan per bilik dan fully furnished bagi mendapatkan positif cashflow. Sebagai contoh :

.
Ansuran bulanan rumah RM800 dan disewakan sebanyak RM1300. Ada positif cashflow RM500 untuk bayar kereta kita. Rumah orang lain bayarkan, kereta pon orang lain bayarkan.

.
Teknik Faiz rasa paling baik jika kita dapat tahan dahulu keinginan beli kereta jika belum betul-betul memerlukan kerana kelulusan untuk hartanah lebih sukar berbanding kereta.

Baca Juga : BELI KERETA DAPAT CASHBACK

.
Jika awal mula bekerja sudah beli kereta akan menyukarkan untuk beli hartanah.
.
Tambah pula tersilap beli kereta sehingga ansuran lebih 50% daripada gaji. Cepat-cepatlah kita insaf.

.
Kesimpulannya, beli lah kereta mengikut kemampuan bukan kelayakan. Jangan tanya pendapat kawan bila nak beli kereta. Nanti kawan ko akan beritahu

.
‘Alang-alang baik ko angkat MyVos beza RM200 je. Laju tuh

.
‘Gaji ko tuh lepas untuk amik Hondas Civil. Baru awek pandang. Time mudalah nak rasa gaji’

.
Ingat tujuan kereta hanya sebagai kenderaan sahaja. Cukup lah selamat dan selesa untuk kita dan keluarga. Jangan amik kisah apa orang pandang.

.
Jangan sehingga gaji kita dihabiskan hanya untuk kereta sahaja. Bila kita nak beli rumah? Bila kita nak bagi mak&ayah duit?

.
Walaupun gaji kita dah hampir kategori T20, tidak salah untuk berbelanja seperti M40. Yang salah gaji M40 tetapi berbelanja seperti T20.
.
Semoga bermanfaat

.
Follow FB saya 👉 Amirul Faiz Aminuddin

.
Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang
👉 https://t.me/amirulfaizaminuddin03
.
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *