Kita kategori yang mana?
.
Keputusan kita buat hari ini menentukan siapa kita 5 tahun akan datang.
.
Fresh grad urus gaji pertama sama ada nak hidup dengan bijak atau acah “bergaya’ akan menentukan bagaimana kewangan kita pada 5 tahun akan datang.
.
Tamat sahaja belajar dan mendapat pekerjaan pertama perlu buat beberapa keputusan besar.
.
1. Kereta. Sekali seumur hidup mesti nak mempunyai kereta sendiri kerana sebelum ini mungkin hanya ada motor sahaja. Ingat kereta hanya kenderaan yang membawa kita daripada satu tempat ke tempat lain. Beli kereta ikut kemampuan bukan kelayakan.
2. Kahwin. Dah tamat belajar mesti nak kahwin dengan pasangan yang kenal ketika belajar atau sebelum lagi. Jika sudah mula menabung tabung kahwin sebelum kenal pasangan selamat lah kahwin tanpa personal loan. Jika bulan ini kenal, bulan depan nak kahwin.
Buat sahaja lah yang wajib daripada guna personal loan untuk kahwin. Beli kereta guna loan selagi belum habis bayar milik bank. Kahwin guna loan selagi belum habis bayar pasangan milik siapa?
3. Simpanan. Fresh grad simpan lah sekurang-kurangnya 30-50% daripada gaji. Simpanan boleh guna sebagai tabung kahwin atau deposit rumah pertama. Elak lah travel luar negara setahun sekali. Lagi lambat kita simpan deposit rumah lagi lambat kita nak beli hartanah pertama kita.
4. Hartanah. Fresh grad pasang niat untuk beli hartanah pertama 2-3 tahun selepas tamat belajar. Lagi lambat pasang niat selepas tamat belajar, lagi lambat kita dapat hartanah pertama kita. Hartanah pertama tak perlu rumah impian cukup lah kecil sebagai hartanah pelaburan kita.
Baca Juga : PENTING NIE!!! 4 TIPS ELAK TERSALAH BELI RUMAH PERTAMA
5. Sedekah. Jangan lupa bila kita dah ada pendapatan untuk bersedekah. Tidak boleh banyak sedikit pon jadi lah. Ingat setiap pendapatan kita ada bahagian orang lain. Formula manusia 1-1 = 0. Formula Allah 1-1 = 10. Sedekah kepada ibubapa adalah wajib.
.
Ingat lah urus gaji pertama sebaiknya. Tidak perlu ego untuk ‘ Biar Papa Asal Bergaya’. Kita bukan nak hidup 2-3 tahun tetapi ada 20-30 tahun lagi jika panjang umur.
Masyarakat pandang kita bergaya sekejap je. Lepas itu kita akan terseksan menanggung beban hutang jahat untuk puaskan mata masyarakat.
Sentiasa amalkan ‘Simpan Dulu, Baru Belanja’. Pendapatan – Simpanan = Belanja.
Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang
👉 https://t.me/amirulfaizaminuddin03
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN