Nah Faiz share pula form permohonan i-Akaun KWSP secara emel. Ramai pula yang tanya Faiz macam mana nak mohon i-Akaun KWSP.
Yang masih tak ada boleh daftar melalui emel sahaja. Nak tunggu habis tempoh PKP lagi dua minggu.
Ini caranya ;
1. Download borang di https://www.kwsp.gov.myatau boleh download borang di telegram Faiz https://t.me/amirulfaizaminuddin03
2. Isi borang secara softcopy sahaja. Tidak perlu PRINT. Tidak perlu SIGN. Edit terus di phone atau laptop sahaja.
3. Emel semula borang kepada iakaundaftar@epf.gov.my bersama dokumen berikut :-
~ Borang pendaftaran yang lengkap.
~ Salinan kad pengenalan depan dan belakang.
~ Gambar selfie kau dengan kad pengenalan.
~ Bukti pemilikan nombor phone. (Contohnya: Bil Telefon/Kontrak Pendaftaran Telefon).
5. Salinan penyata akaun bank.
Mudah bukan. Hanya 3 step sahaja!
Semoga bermanfaat.