PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM600 BAGI PEKERJA YANG TERKESAN AKIBAT COVID-19

Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Bil 1/2020 pada 16 Mac 2020 telah bersetuju untuk mengambil langkah memberi bantuan kewangan segera (immediate assistance) sebanyak RM600 sebulan kepada pekerja yang terpaksa mengambil Cuti Tanpa Gaji (CTG) melalui Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) (ERP).

Program ini bertujuan membantu majikan yang terjejas akibat Covid-19 yang terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos operasi dengan pendekatan mengeluarkan notis CTS kepada pekerja yang terlibat bagi tempoh antara 1 hingga 6 bulan mengikut tempoh notis CTS daripada majikan tersebut.

#1 Siapa yang layak untuk memohon?

Semua majikan sektor swasta yang menggaji pekerja termasuk pekerja sambilan dan telah berdaftar serta sedang mencarum dengan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang bergaji bulanan RM4,000 dan ke bawah sahaja layak.

#2 Siapa yang tidak layak untuk memohon?

Pekerja yang telah diberhentikan kerja, pekerja di sektor awam, mereka yang bekerja sendiri (tidak mempunyai majikan) termasuk freelancers, pekerja asing dan pegawai dagang tidak diliputi di bawah program ERP.

#3 Berapa jumlah maksimum yang diterima oleh pekerja?

Jumlah kelayakan bagi setiap satu permohonan tempoh notis mula CTG adalah antara 1 bulan hingga maksimum jumlah 6 bulan bergantung kepada notis mula CTG yang dikeluarkan oleh majikan sama ada secara sekali gus atau berturutan.

#4 Bagaimana pekerja menerima bantuan ini?

Majikan yang telah menerima peruntukan bayaran ERR daripada PERKESO secara bulanan, adalah bertanggungjawab untuk mengkreditkan bayaran bulanan sebanyak RM600 ke dalam akaun bank pekerja yang terlibat dalam masa 7 hari dan i tarikh bayaran yang diterima daripada PERKESO.

#5 Bagaimana majikan yang ingin memohon?

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan secara online atau melalui borang permohonan yang dikemukakan kepada mana-mana pejabat PERKESO oleh majikan bagi pihak pekerja yang terlibat dan majikan tersebut hendaklah bertanggungjawab untuk menyalurkan bayaran bulanan RM600 kepada pekerja yang terlibat.

Majikan hendaklah mengemukakan permohonan yang lengkap melalui Borang Permohonan ERR C-19 (Lampiran 1) dan melampirkan dokumen mandatori surat Notis CTG yang mengandungi senarai pekerja terlibat. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui emel erpc19 (perkeso.qov.my atau melalui online sekiranya sistem online telah dibangunkan. Senarai Pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:

Senarai pekerja hendaklah mengandungi butiran-butiran berikut:

  • Nama Penuh Pekerja
  • Nombor Kad Pengenalan Warganegara Malaysia (No KPPPN)
  • Nama Jawatan (job title)
  • Maklumat Gaji Bulanan Terakhir Pekerja (RM)
  • Maklumat emel dan no telefon untuk dihubungi

#6 Bilakah majikan boleh mengemukakan permohonan?

Pengemukaan Borang Permohonan ERR C-19 Program Pengekalan Pekerjaan (Employment Retention Programme) boleh dilakukan melalui emel atau online (sekiranya sistem telah tersedia) yang mana permohonan boleh dikemukakan mulai 20 Mac 2020.

Soalan lazim berkenaan program ERR adalah seperti di Lampiran 2. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan di talian 1 300 22 8000 atau emel perkesoperkeso.qov.my. Untuk mengikuti perkembangan terkini berkaitan SIP dan program ERR, sila layari microsite eiscentre.perkeso.gov.my

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *