BERITA BAIK!!! BANK TAWARKAN MORATORIUM KEPADA PELANGGAN

Memahami kepada kesan COVID-19 yang mengakibatkan ada individu yang kehilangan sumber pendapatan kekal atau sementara disebabkan dibuang kerja atau diarahkan mengambil ‘unpaid leave’.

Tambahan pula, Perintah Kawalan Pergerakan yang memberi kesan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services).

Oleh itu, beberapa bank seperti senarai dibawah telah mengambil langkah menawarkan moratorium kepada pelanggan terkesan disebabkan wabak COVID-19. Boleh semak senarai dibawah bank yang terlibat.

Moratorium bermaksud penangguhan. Pihak bank memahami pelanggan yang dijangkiti dan tidak boleh bekerja menyebabkan kehilangan sumber pendapatan. Para peniaga yang terkesan perlu menutup perniagaan mereka sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Penangguhan pembayaran balik selama 6 bulan telah ditawarkan. Selain itu, bank turut menawarkan penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan. Ini melibatkan segala pinjaman yang dibuat seperti pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi, ASB dan lain-lain.

Namun begitu, setiap bank mempunyai syarat dan prosedur berbeza untuk memohon. Sebaiknya hubungi pihak bank yang korang buat pinjaman untuk mendapatkan maklumat lanjut sebelum serbu ke bank.

Semoga keadaan yang rumit ini dapat berakhir dengan segera. Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia yang kita cintai dindungi dari segala bahaya.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *