Korang siapa yang ada bisnes dan ada SSM layak untuk mohon Geran Khas Prihatin (GKP) yang ditawarkan oleh kerajaan.
.
GKP adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan mereka yang terjejas akibat COVID-19.
.
Tiada akaun semasa syarikat (current account) pon layak untuk mohon.
.
Dah lama bisnes tetapi tidak pernah daftar dengan LHDN pon layak untuk mohon.
.
Paling mudah siapa ada SSM layak untuk mohon. Lulus atau tidak rezeki masing-masing.
.
Yang tak ada SSM boleh cuba-cuba mohon tak?
.
Tak boleh sebab bila masukkan IC sahaja akan auto-detect. Tak ada SSM tak boleh nak teruskan permohonan.
.
Cara nak mohon follow step mudah ini sahaja ;
1. Buka laman web https://gkp.hasil.gov.my/. Masukkan kad pengenalan.
2. Jika layak tekan ‘PERMOHONAN BAHARU’.
3. Isikan maklumat peribadi.
4. Isikan maklumat perniagaan. Kalau pernah daftar dengan LHDN akan keluar automatik.
5. Dah siap isikan semua maklumat tekan ‘HANTAR’. Boleh kemaskini permohonan pada masa akan datang. Tekan ‘Papar Borang’ untuk muat turun borang permohonan.
Permohonan dibuka bermula 1 Mei sehingga 15 Mei sahaja!
.
Korang kalau ada ayah or sedara-mara bisnes ada SSM beritahu mereaka untuk mohon. Mereka layak untuk mohon.
.
Takut mereka tidak terdedah dengan berita macam nie kan. Lebih baik korang mohonkan kerana permohonan hanya atas talian sahaja dan langkah sangat mudah.
.
Faiz dah sediakan tutorial step by step beserta arahan bergambar di bawah. Boleh follow saja.
.
Follow saya 👉@Amirul Faiz Aminuddin
.
Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang
👉 https://t.me/amirulfaizaminuddin03
.
Semoga bermanfaat
.
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN