Ramai yang tanya kat Faiz tips nak beli rumah pertama.
Faiz kongsikan beberapa bagaimana nak beli rumah pertama melalui pinjaman bank berdasarlan pengalaman Faiz😬
1. Wajib Bekerja
Kerja apa tidak kisah. Swasta, kerajaan, bisnes, MLM, based commision atau bekerja sendiri tiada masalah. Yang penting kerja itu boleh dibuktikan mempunyai pendapatan.
Kalau kerja sendiri atau bisnes wajib ada SSM dan akaun semasa syarikat. Kalau kerja swasta minta majikan bayar gaji melalui bank. Sebaiknya yang mencarum EPF lebih bagus.
Kalau based commision atau MLM mesti komisyen melalui bank dan ada komisyen statement.
Kalau tidak bekerja macam mana kita nak bayar ansuran bulanan rumah melainkan beli rumah secara cash.
2. Konsisten Menyimpan
Enam bulan pertama bekerja korang kena konsisten menyimpan tanpa gagal. Berapa banyak nak menyimpan? Sebaiknya 30-50% daripada gaji korang.
Gaji basic ke kasar? Kalau gaji basic kecil amik kiraan untuk gaji kasar.
Lebih bagus jika menyimpan sama dengan ansuran bulanan rumah korang.
Macam mana nak tahu? Harga rumah bahagi 200. Jika target rumah RM200k / 200 bersamaan RM1K sebulan.
Korang kena simpan 6 bulan pertama RM1K tanpa gagal. Sebab nanti bila korang berjaya beli rumah tak terkejut kena bayar RM1k sebulan.
Tak ada lah rumah korang berisiko dilelong.
3. Ada Financial Profile
Maksudnya korang dah buka satu fail kat komputer. Letak nama ‘Financial Profile’.
Buat biodata ringkas dalam word buat diri korang seperti
✔️ Nama
✔️ Tarikh Lahir
✔️ Alamat Tempat Tinggal
✔️ Pendidikan Tertinggi
✔️ Nama Majikan
✔️ Alamat Tempat Bekerja
Simpan softcopy dalam fail ini
✔️ Kad Pengenalan
✔️ Slip Gaji Setiap Bulan
✔️ Offer Letter Kerja (jika ada)
✔️ Confirmation Letter Kerja (jika ada)
✔️ Penyata KWSP
✔️ Penyata Pelaburan (ASB, UT, TH)
✔️ Penyata Pembayaran Cukai Pendapatan (jika ada)
✔️ SSM (bagi bisnes)
Supaya nanti kalau korang nak submit permohonan dengan bank mudah. Tak ada lah tidak cukup dokumen.
Nak elak juga supaya hilang dokumen-dokumen penting seperti slip gaji, offer letter, confirmation letter.
Banyak kes slip gaji tak cukup. Offer letter hilang dan sebagainya.
Banker mesti suka untuk handle case korang sebab dah lengkap. Proses pon jadi cepat untuk tahu lulus atau tidak.
Ada banker yang lebih prefer softcopy berbanding hardcopy. Jadi tinggal email je.
4. Cari Ilmu
Part nie sangat penting sebab korang kena tahu hartanah macam mana korang nak beli? Ada tiga iaitu undercon, subsale dan lelong.
Setiap satu ada kelebihan masing-masing. Ini supaya korang tidak tersilap beli hartanah yang rugi.
Beli hartanah mesti lah nak untung walaupun untuk duduk sendiri. Apa lagi untuk pelaburan.
Jadi sepanjang nak buat step 1 hingga 3 diatas. Boleh cari ilmu dulu. Banyak ilmu percuma di fb.
5. Masa Untuk Beli
Part ini bila no 1 hingga 4 dah berjaya. Sekarang masa untuk korang memburu. Apa yang nak korang buru?
Memburu hartanah dan bank. Cari hartanah yang sesuai untuk korang dan hantar permohonan ke beberapa bank untuk dapat offer yang terbaik.
Hartanah yany sesuai mesti lah ikut kemampuan gaji dan sesuai dengan matlamat pelaburan korang.
Ada orang yang beli hartanah dan buat sewa. Bulan-bulan penyewa yang bayarkan. Nampak macam best kan.
Cuba lah dulu. Baru tahu😬
Advice Faiz guna lah khidmat agen hartanah kerana service mereka percuma je untuk kita.Tuan rumah yang akan bayar service mereka.
Agen hartanah yang terbaik dia akan guide korang sebelum, semasa dan selepas proses pembelian.
Nak cari agen hartanah yang terbaik korang usha fb dia. Kalau nampak mcm mesra je. Okay lah tuh😬
Lagi satu korang boleh juga kalau ada target hartanah dan ada agen hartanah sendiri.
Boleh minta agen hartanah korang dealkan.
Yang terakhir sekali korang berdoa banyak2 semoga jumpa hartanah yang tepat dan menguntungkan.
Dipermudahkan proses permohonan pembiayaan hartanah korang.
Faiz juga doakan kita semua berjaya mendapat rumah pertama tepat pada waktunya.
Faiz ada buat ebook ‘PANDUAN BELI RUMAH SUBSALE’ dan nak bagi PERCUMA je.
Hanya doakan kebaikan untuk Faiz je. Yang nak ebook percuma boleh tekan link 👉 https://t.me/amirulfaizaminuddin03
Semoga bermanfaat 😃
AMIRUL FAIZ
CIKGU KEWANGAN
Terbaik info….
Terima kasih