MENGAPA ASBF DAPAT MEMBANTU UNTUK MEMILIKI RUMAH

1. KUMPUL DEPOSIT RUMAH

Apabila nak membeli rumah. Sekurang-kurangnya perlu ada 10% daripada harga rumah. Walaupun ada yang zero deposit namun kos-kos sebaliknya tetap perlu ada.

Dengan ASBF dapat membantu mempercepatkan untuk mengumpul deposit rumah dan jauh lebih baik daripada simpan secara biasa.

Sebagai contoh, nak kumpul deposit rumah 30k dalam masa 3 tahun perlu simpan RM834 setiap bulan tanpa gagal. Dengan ASBF hanya RM536 dapat capai RM33k dalam masa 3 tahun.

Selepas capai deposit rumah terminate ASBF dan terus mohon pembiayaan rumah. Padu ke padu?

2. MENCIPTA KOMITMEN DENGAN BANK

Bila nak mohon pembiayaan rumah bank juga akan melihat komitmen dengan bank. Bank nak lihat komitmen korang dengan bank bagaimana? Adakah korang seorang pembayar yang baik atau liat nak buat bayaran.

Paling mudah samaada apply kad kredit atau asb financing untuk menampakkan komitmen korang tetapi kena lah jaga cantik bayaran setiap bulan baru bank yakin nak bagi lepas permohonan pembiayaan rumah korang.

Nak lebih padu korang pairing ASBF. Rumah pon dapat duit pencen 200k pon korang dapat .

ASBF membantu mencipta rekod bank

3. MENCIPTA HABIT BAYARAN BULANAN

Apabila sudah beli rumah bukan bermakna sudah tak perlu bayar bulanan lagi. Korang ada komitmen setiap bulan lagi yang perlu ditanggung kecuali beli rumah secara cash 😁

Berapa anggaran bulanan rumah 
kena bayar? Boleh guna formula

BULANAN RUMAH = HARGA RUMAH / 200

Sebagai contoh, bagi rumah berharga RM200k. Anggaran bulanan yang kena bayar dalam RM1k.

Jika rasa tak yakin lagi untuk beri komitmen untuk bayar rumah setiap bulan boleh apply asbf dahulu sebelum nak bayar bulanan rumah.

ASBF ini boleh terminate bila-bila sahaja bergantung kepada bank. Setiap bank berbeza. Jika nak tahu bank mana boleh tanya Faiz.

Bila dah bersedia dan mampu untuk beli rumah boleh terminate ASBF sahaja dan hasil terminate boleh guna untuk deposit rumah atau sebagainya. Betul ke betul?
.
.
Setakat ini sahaja bagaimana ASBF dapat membantu untuk memiliki rumah terutamanya bagi rumah pertama.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

1 thought on “MENGAPA ASBF DAPAT MEMBANTU UNTUK MEMILIKI RUMAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *