Jumlah yang sepatutnya diperuntukkan untuk sesuatu perkara

Jika kita masih tidak tahu berapa jumlah yang sepatutnya diperuntukkan untuk sesuatu perkara boleh rujuk gambar dibawah.

Gambar dibawah hanya sebagai panduan sahaja bukan sama bagi setiap individu.

Setiap individu mempunyai perancangan dan keutamaan yang berbeza😁

Jika masih lagi bujang dan tiada apa2 komitmen sekurang-sekurangnya simpan lah 30% daripada gaji

Kerana jika bujang tidak mampu berbuat demikian jangan berharap ketika dah berkahwin mampu lakukannya😅

Simpanan boleh dibuat di ASB, Tabung Haji dan lain-lain tempat yang dapat berikan pulangan lebih tinggi daripada simpanan di bank biasa.

Pelaburan boleh dibuat di ASBF, Unit Amanah, PRS, emas, saham dan lain-lain tempat yang sah bukan skim pak man telo😂

Namun, takaful jangan diabaikan kerana perlindungan takaful amat penting sebagai perlindungan pendapatan kita andai kita menghidap penyakit kritikal atau lumpuh kekal😊

Jika kita mampu merancang setiap perbelanjaan pendapatan, kita mampu bebas kewangan pada masa akan datang

CREDIT AZIZUL AZLI AHMAD

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *