UMUR SESUAI BELI RUMAH PERTAMA?

Client Faiz tanya ‘Saya nak tanya bila umur sesuai untuk beli rumah?’

Sebenarnya sekarang dah trend ramai anak muda yang beli seawal yang mungkin bila mula bekerja. Satu perkara yang sangat baik.

Tetapi nak beli rumah biar dah cukup READY!!!

Ready daripada segi apa?

Ready daripada segi ILMU dan JIWA.

Sebab apa? Orang beli rumah kerana nak untung. Dengar dan baca beli rumah boleh jadi kaya tetapi sebenarnya tidak semua orang beli rumah dapat untung.

Ramai yang beli rumah menanggung kerugian beribuan ringgit.

Beli rumah juga kena ready jiwa sebab modal untuk beli sebuah rumah bukan sikit. Proses tukar hak milik pon makan kos ribuan ringgit.

Kalau jiwa tak kuat jangan lah beli rumah dulu😬

Cari lah ilmu dulu bila ilmu betul-betul cukup in shaa Allah jiwa tuh juga akan datang untuk beli rumah pertama😃

Risiko kerugian juga dapat dikurangkan.

Jadi beli rumah jangan sebab ikut trend atau lihat ramai anak muda mula beli rumah tetapi beli rumah bila sudah READY!

Tips elak kesilapan beli rumah pertama

4 TIPS ELAK KESILAPAN BELI RUMAH PERTAMA .No 4 amat penting .Anak muda wajib tahu 4 tips ini sebelum beli rumah…

Dikirim oleh Amirul Faiz Aminuddin pada Minggu, 17 November 2019

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *