Sebelum melabur perlu tahu apa keuntungan dalam Unit Amanah

Unit amanah atau unit trust salah satu pelaburan seperti ASB dan Fixed Deposit yang ada di Malaysia tetapi masih ramai yang tidak ‘familiar’ dengan pelaburan unit amanah.

Jadi Faiz akan berkongsi apa itu unit amanah bagi yang masih tidak tahu.

Unit amanah dalam bahasa mudah faham adalah sama macam ASB dan ASB juga sendiri adalah salah satu unit amanah yang berharga tetap. Maksud berharga tetap ialah harga seunit tetap iaitu RM1.

Jika kita simpan RM100 maka kita akan dapat 100 unit. Jika kita jual 100 unit akan dapat RM100. Itu maksud unit amanah harga tetap. Mudah faham kan.

Yang kebanyakkan unit amanah adalah harga tidak tetap atau berubah seperti syarikat Principal Asset Management (dulu dikenali sebagai CWA), Public Mutual, Kenanga, Philip Mutual dan lain-lain.

Adakah sama macam melabur saham?

Unit amanah ini kita akan bagi kepercayaan syarikat unit amanah untuk melaburkan wang kita ke dalam pasaran dalam negara mahupun luar negara.

Setiap syarikat unit amanah akan mempunyai pengurus dana (fund manager) yang akan uruskan ke mana wang pelabur akan dilaburkan pasaran saham. Semestinya pengurus dana adalah seseorang yang profesional dan berpengalaman.

Melabur saham pula adalah kita sendiri uruskan wang kita untuk melabur saham. Kita sendiri akan buat keputusan syarikat mana yang nak kita labur.

Bagaimana keuntungan dalam unit amanah harga berubah ini?

Terdapat dua jenis keuntungan iaitu :

1. Agihan Pendapatan

Agihan pendapatan adalah sama seperti dividen. Apabila agihan pendapatan dilakukan, secara automatik dividen yang diperoleh akan digunakan untuk membeli semula unit dalam dana yang dilaburkan.

Contoh:

En. Faiz mempunyai 10,000 unit dalam Dana A. Agihan pendapatan bagi Dana A adalah 5 sen seunit. Setiap seunit dapat 5 sen. Bermaksud En. Faiz akan mendapat dividen sebanyak RM500.

10,000 unit x RM0.005 (5 sen) = RM500

RM500 tersebut akan digunakan semula untuk membeli semula unit (dilaburkan semula). Katakan harga ketika itu RM0.50 maka En.Faiz akan mendapat 1000 unit.

RM500 (dividen) / RM0.50 = 1000 unit

Kini En.Faiz mempunyai 11,000 unit amanah.

Yang menariknya, pelaburan unit amanah akan dapat dividen penuh walaupun belum cukup setahun. Andai esok diumumkan dividen, hari ini kita invest pun tetap akan dapat full dividen.

CONTOH AGIHAN PENDAPATAN

2. Kenaikkan Harga

Kenaikan harga unit bermaksud jika semasa pelaburan dibuat, En.Faiz melaburkan RM10,000 pada harga RM1 seunit, En Faiz akan dapat 10,000 unit.

RM10,000 / RM 1 = 10,000 unit.

Katakan ketika En.Faiz jual semula unit, harga semasa adalah RM1.50 maka En.Faiz akan mendapat RM15,000. Untung RM5,000 bersamaan 50%.

10 000 unit x RM1.50 = RM15,000.

Pelabur berpeluang mendapatkan keuntunan kenaikan harga ini bagi unit amanah harga berubah sahaja. Pelabur juga boleh ambil peluang untuk melabur ketika pasaran tengah jatuh untuk mendapatkan harga unit yang rendah.

“Buy Low, Sell High.

Risiko pelaburan unit amanah tetap ada, tetapi boleh diuruskan dengan ilmu yang betul. Pelabur hanya akan rugi jika menjual unit amanah ketika harga lebih rendah daripada harga belian.

Katakan En.Faiz melabur ketika harga unit RM1.00, jika beliau jual semula ketika harga unit RM0.90, maka beliau akan rugi. Jadi kalau tak nak rugi, janganlah jual masa harga tengah rendah.

Kena sabar sehingga harga naik semula.

Modal pelaburan unit amanah adalah kecil serendah RM1,000 sahaja bagi pelaburan secara lump sum. Bagi simpanan bulanan, min RM500 untuk membuka akaun dan RM200 simpanan berkala setiap bulan.

Selain itu, pelabur juga boleh menggunakan akaun 1 KWSP untuk melabur di dalam unit amanah tertakluk kepada kelayakan kerana tidak semua orang yang layak.

Ada kiraan untuk samaada layak atau tidak. Jika layak pon hanya 30% sahaja yang boleh dilaburkan di dalam unit amanah.

Kesimpulannya, semestinya tujuan kita melabur dalam unit amanah untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi berbanding pelaburan di tempat lain dan KWSP membenarkan pencarum menggunakan akaun 1 mereka untuk melabur di dalam unit amanah sahaja.

Ini bermakna pelaburan dalam unit amanah berpotensi memberikan pulangan yang lebih tinggi berbanding KWSP. Namun, ianya turut berpotensi lebih rendah daripada KWSP.

Jadi sebagai pelabur kita hendaklah bijak untuk divesify pelaburan kita supaya dapat mengagihkan risiko pelaburan kita serta memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan.

Ada lebih 30 syarikat unit amanah yang terdapat di Malaysia. Jadi pilih lah syarikat unit amanah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara Malaysia.

Faiz suka berkongsi tips kewangan dan hartanah mudah secara PERCUMA di telegram. Jom klik sekarang
👉 https://t.me/amirulfaizaminuddin03

Berminat untuk melabur dalam unit amanah boleh klik butang di bawah

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *