Nak melabur hartanah? Baca ini dulu sebelum melabur!

Beli hartanah pertama merupakan satu keputusan besar yang kita akan buat dalam kehidupan kita.

Normal kita akan rasa takot untuk buat keputusan untuk beli hartanah pertama.

Ada yang tanya Faiz untuk bantu beli hartanah pertama. Pertama sekali Faiz akan tanya samada beli untuk tinggal atau pelaburan?

Jika untuk tinggal sendiri mungkin tiada masalah kerana semestinya akan cari rumah yang selesa untuk kita tinggal.

Manakala jika nak beli hartanah untuk peaburan ini apa yang mentor hartana Faiz ajarkan.

1. Terdapat tiga jenis pelabur hartanah apabila mereka melabur dalam hartanah.

2. Pertama adalah pelabur jenis cashflow. Pelabur jenis ini akan melabur dalam hartanah untuk mendapatkan postif cashflow dalam hartanah mereka.

3. Positif cashflow bermaksud pendapatan sewaan melebihi ansuran bank. Sebagai contoh, ansuran bank RM600 sebulan dan sewakan RM800. Jadi RM200 adalah positif cashflow.

4. Kebiasaan pelabur hartanah di Lembah Klang ini hartanah yang boleh menjana positif cashflow adalah jenis apartment dan flat kerana harga hartanah jenis ini lebih rendah.

5. Kedua adalah pelabur jenis capital gain. Pelabur jenis ini akan membeli hartanah yang berpotensi meningkat nilai hartanah dengan cepat.

6. Capital gain bermaksud peningkatan harga hartanag pada masa akan datang. Sebagai contoh, harga beli pada masa awal RM200K dan lepas 10 tahun menjangkakan harga pasaran meningkat kepada RM400K. Andaian kenaikan 7% setahun.

7. Hartanah jenis landed berpotensi untuk meningkat lebih cepat berbanding hartanah jenis hi-rise. Namun begitu, hartanah jenis landed mungkin akan menangung bleeding kerana hasil sewaan tidak dapat cover ansuran bank.

8. Tetapi pelabur jenis ini tiada masalah untuk menanggung bleeding sedikit kerana pulangan apabila jual pada masa akan datang lebih berbaloi-baloi.

9. Faiz ada jumpa client di JB yang beli hartanah ketika beli pada masa awal 10 tahun lepas harga RM200K dan tahun lepas harga pasaran RM500K dan tengah proses pembeli baru untuk sign SNP. Berapa kenaikan harga itu kan?

BACA JUGA : EMPAT TIPS ELAK TERSALAH BELI RUMAH PERTAMA!

10. Pelabur ketiga adalah jenis kedua-duanya sekali. Ini paling best kerana dapat positif cashflow setiap bulan dan hartanah yang dibeli mempunyai value yang akan buatkan harga meningkat pada masa akan datang.

11. Namun untuk mendapat hartanah seperti ini memerlukan kajian dan networking dengan pelabur serta agen hartanah yang baik. Baru boleh dapat hartanah emas seperti ini.

12. Pelabur jenis ketiga jarang target untuk hartanah jenis low cost kerana hartanah jenis low cost mempunyai sekatan harga dan tidak semua orang layak untuk membeli hartanah jenis ini kecuali dalam pasaran lelong.

13. Jadi jika kita hendak beli hartanah pertama kena tahu samaada kita nak beli untuk tinggal atau pelaburan (sewakan). Jika kita nak beli untuk tinggal tiada masalah kerana kita akan beli mengikut citarasa dan keselesaan kita.

14. Berapa peruntukan gaji untuk beli rumah tinggal sendiri? Sebaiknya jangan lebih 30% dari gaji kasar seisi keluarga. Contoh gaji suami dan isteri RM5000 bermaksud ansuran rumah kediaman yang ideal RM1500.

15. Dengan RM1500 ni berapa harga rumah yang boleh dapat? Guna rule 200, iaitu RM1500 x 200 = RM300,000. Ini harga rumah kediaman kita.

16. Jika nak beli hartanah untuk pelaburan pilih yang kita jenis pelabur hartanah yang mana? Pelaburan dalam hartanah memerlukan ilmu dan kajian.

17. Tidak semua hartanah kita beli akan berikan keuntungan kepada kita. Faiz pernah jumpa client yang tersilap beli hartanah yang tidak dapat disewakan lansung. Nak duduk jauh daripada tempat kerja. Nak jual market value tidak naik-naik. Jadi perlu menanggung beban bayar rumah bertahun-tahun

18. Kesimpulannya, jika nak beli hartanah pertama cari lah ilmu dan sediakan deposit. Ilmu sangat penting dan sementara mencari ilmu mula kumpul deposit.

19. Faiz ada bagi ebook percuma ‘Panduan Beli Rumah Subsale’. Sangat sesuai untuk yang nak mula cari ilmu untuk beli hartanah pertama. Faiz share step daripada A-Z.

20. Boleh join telegram Faiz untuk dapatkan ebook tersebut. ðŸ‘‰ https://t.me/amirulfaizaminuddin03

Semoga Bermanfaat

AMIRUL FAIZ
CIIKGU KEWANGAN

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *