Penting nie! 4 tips elak tersilap beli rumah pertama

4 TIPS ELAK KESILAPAN BELI RUMAH PERTAMA

.
No 4 amat penting

.
Anak muda wajib tahu 4 tips ini sebelum beli rumah pertama bagi mengelakkan melakukan kesilapan.

.
Beli rumah pon boleh silap. Bukan indah semata-mata sahaja.
.

Buat apa beli tetapi tidak duduk sebab jauh daripada tempat kerja. Nak sewakan tetapi negatif cashflow yang terlalu besar. Nak jual tiada demand. Akhirnya menanggung ‘RAKSASA’ bak kata Tuan Ahyat Ishak bertahun-tahun.

.
.
1. LAYAK

Ramai yang nak beli rumah pertama dan mempunyai niat nak beli rumah secepat mungkin tetapi tidak tahu samaada layak atau tidak. Macam mana nak tahu layak atau tidak?

Part ini kena walk in ke bank atau bertanya kepada banker.
Tetapi nak walk in ke bank perlu ada profil kewangan. Setiap orang perlu ada sekurang-kurangnya satu profil kewangan peribadi.

Jika ada perniagaan perlu ada profil kewangan individu dan syarikat. Profil kewangan ini wajib lah bawa untuk banker nak semak kelayakkan kita.

Bukan pergi ke bank bawa kad pengenalan sahaja dan berharap kita layak.

Profil kewangan ini minimum perlu ada perkara berikut :-
1. Kad pengenalan.

2. Slip gaji 1/3/6 bulan.

3. Salinan penyata KWSP terkini (jika berkenaan).

4. Surat pengesahan jawatan (jika berkenaan).

5. Laporan rekod CCRIS (boleh dapatkan secara online di link dibawah)
https://cikgukewangan.com/…/cara-dapatkan-laporan-ccris-da…/?

6. Segala bukti simpanan di bank, ASB, tabung haji atau sebagainya.

Profil kewangan ini juga perlu buat dalam bentuk softcopy andai banker minta kita emailkan. Kita sudah ada untuk email kepada mereka. Selain itu, profil kewangan ini juga perlu dijaga daripada dosa-dosa kewangan supaya mudah pembiayaan rumah kita lulus.

Dosa-dosa kewangan ini korang faham-faham je lah ya.

.
.
2. MAMPU

Jika kita LAYAK (lulus pembiayaan) belum tentu kita MAMPU (membayar) bulanan bagi rumah yang kita beli. Tuan Ahyat Ishak berpesan jika nak beli rumah wajib dua perkara ini iaitu mempunyai ‘KUASA BELI’ dan ‘KUASA BELA’.

Macam mana nak kira samaada kita mampu atau tidak untuk beli rumah tersebut adalah dengan kira setiap transaksi perbelanjaan bulanan. Disini kita dapat semak kemampuan masing-masing.

“ Broke People Cant Buy Property”

.
.
3. SELAMAT

Kita perlu kumpul semua harta kita dan kira samaada harta lebih banyak daripada hutang atau sebaliknya?

Formulanya adalah

HARTA – HUTANG = HARTA lebih banyak.

Ini kerana kita nak beli rumah kita mesti dalam keadaan selamat. WAJIB ingat KUASA BELI + KUASA BELA.

.
.
4. PETI KEMARAU

Peti kemarau ini atau nama lain adalah emergency fund. Ini wajib ada jika nak beli rumah. Peti kemarau ini minimum bersamaan 3-6 bulan daripada PERBELANJAAN. Bukan daripada gaji kerana ada yang PERBELANJAAN melebihi daripada GAJI.

Peti kemarau ini supaya kita ada duit selamat untuk kita jika kita tidak ada gaji pada bulan tersebut atau kita sakit pada bulan tersebut dan tidak dapat bekerja.

Jika ada peti kemarau ini sekurangnya dapat menampung 3-6 bulan akan datang sementara menyelesaikan cabaran yang dihadapi yang menyebabkan hilang pendapatan pada bulan tersebut.

Kesemua tips ini Faiz dapat daripada Tuan Ahyat Ishak dalam seminar Beli Rumah Dengan Bijak?

Semoga bermanfaat

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

3 thoughts on “Penting nie! 4 tips elak tersilap beli rumah pertama

  1. Sangat benar nasihat ini..izinkan saya menambah, ambil tahu juga tempoh loan dan jumlah hutang rumah yang tidak dilindungi oleh MRTA sebab rata-rata pembeli rumah tidak tahu. Sediakan back up plan untuk tutup lubang risiko. Hutang kita tanggungjawab kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *