Jika nak melabur, baca dahulu tips ini!

Bila ko nak melabur perlu ada 3 perkara nie
1. Modal
2. Ilmu
3. Sabar

Tapi ramai yang tiada no 2 dan 3. Akhirnya teruskan bersabar je lah.

Bila ada yang share tempat pelaburan yang terang-terang sah dari segi undang-undang ko tak nak masuk.

Katanya lambat untung. Aku nak untung harian, paling2 untung by bulanan tapi malas nak fikir bagaimana nak dapat pulangan macam tuh.

Serahkan duit bulat2 kepada pihak yang janji bulan & bintang. Sebab apa? Sebab malas nak fikir. Tahu nak duit masuk je.

Skim scam nie kebanyakkan sama je tempoh bertahan dia. Paling-paling 3 tahun je.

Fasa 1 (tahun pertama)
– Collect duit orang ramai.
– Tunjuk bukti orang yang berjaya masuk awal untuk dapatkan trust.

Fasa 2 (akhir tahun kedua)
– Mula timbulkan isu kena report.
– Ada pihak atasan bawa lari duit.
– Akaun company kena beku.
– Play victim.

Fasa 3 (tahun ketiga)
– Company tutup.
– Bungkus cabut bawa lari duit.
– Fasa report pihak berkuasa ramai-ramai.
– Masuk akhbar beramai-ramai.
– The End.

Semakin lama semakin banyak skim baru akan wujud sebab apa? Sebab masih ramai yang banyak duit.

Ada modal tapi tak nak ada ilmu dan sabar.

Kalau modal RM12k yang dah lebur tuh ko

1. Letak kat akaun bank. Selepas 5 tahun ko ada simpanan RM12,612 (andaian keuntungan tetap 1% setahun)

2. Letak kat Tabung Haji. Selepas 5 tahun ko ada simpanan RM15,315 (andaian hibah tetap 5% setahun)

3. Letak kat ASB. Selepas 5 tahun ko ada simpanan RM15,683 (andaian dividen tetap 5.5% setahun)

4. Letak kat Unit Amanah. Selepas 5 tahun ko ada simpanan RM17,631 (andaian keuntungan tetap 8% setahun)

5. Buat ASBF. Selepas 5 tahun ko ada simpanan RM28,410 (andaian keuntungan tetap 5.5% setahun)

Cuma itu lah tak semua ada orang nak cari ILMU dan SABAR dalam melaburšŸ˜¬

Disclaimer:

Ini hanya lah sekadar pendapat peribadi sahaja dan tidak mewakili mana-mana pihak.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

2 thoughts on “Jika nak melabur, baca dahulu tips ini!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *