Ada yang tanya
‘ Faiz kenapa nak kena melabur duit ? Simpan sendiri lebih baik. Tak perlu nak fikir untung or rugi.’
Jawapan Faiz
1. Simpan duit sahaja memang bagus tetapi kena ingat kadar inflasi. Kadar inflasi nie akan buat kuasa membeli kita berkurang.
2. Harga barang akan meningkat. Nak lebih faham RM100 dahulu boleh shopping penuh troli. RM100 sekarang dapat penuh bakul sahaja.
3. Harga makanan dahulu tidak sama dengan sekarang. Dahulu sekeping roti canai 50 sen. Sekarang sekeping sudah RM1.50.
4. Bermaksud jika kita simpan sahaja duit akan buat duit kita bertambah tetapi kuasa membeli kita akan menurun.
5. Jika dahulu bersara ada RM200k sudah memadai namun sekarang RM200k untuk bersara tidak cukup.
6. Andai bersara 55 tahun dengan ada simpanan 200k. Dengan belanjakan RM2k sebulan hanya dapat bertahan selama 8 tahun sahaja. Selepas itu?
7. Pernah dengar ‘Money make Money’ ?. Kita bekerja untuk dapat duit. Then masa untuk duit buat duit.
8. Bagi duit pula bekerja untuk dapat lebih banyak duit. Jika kita simpan sahaja duit itu tidak berganda.
9. Tetapi tidak semua simpanan kita perlu dilaburkan. Kita perlu ada bahagian untuk simpanan sebagai ‘EMERGENCY FUND atau sebagai Dana Mudah Cair.
10. PENTING! Jangan tersalah dan silap melabur di tempat yang salah. Jangan terpedaya dengan skim yang tawarkan ‘MONEY MAKE MONEY’ , ‘JADILAH YANG TERAWAL’ , ‘GUARANTEED RETURN 20% EVERY MONTH OR DAY’.
Rujuk
https://www.facebook.com/100000213451610/posts/3391812067502542/?d=n