KALAU KORANG KERJA SUDAH 3 TAHUN TIADA SIMPANAN RM1K WAJIB FOLLOW CARA INI. 7 CARA SIMPANAN EFISIEN!!!

Memang lumrah kebanyakkan daripada kita iaitu nak menyimpan setiap bulan secara konsisten amat susah.

Selalu terjadi apabila baru nak menyimpan mesti terguna duit untuk perkara lain. Pertengahan bulan mesti tarik balik simpanan kita tuh.

Tiba-tiba kawan ajak bercuti, kawan ajak pergi makan makanan hipster, terscroll shoppe or lazada, iklan tudung lalu😅

Jadi cara lain yang boleh guna pakai supaya kita dapat elakkan berlaku diatas :-

1. Buat satu akaun bank lain khas untuk menyimpan. Potong kad ATM & jangan daftar online banking. Dapat sahaja gaji peruntukkan 10% dahulu untuk simpan.

2. Set kan auto-transfer hari tarikh gaji setiap bulan daripada akaun bank gaji ke akaun bank simpanan setiap bulan. Andai gaji setiap 27hb. Set kan auto transfer pada setiap 28hb. Boleh set untuk repeat monthly. Kebiasaan awal pagi time subuh dapat mesej dia dah tolak siap.

3. Buat tabung hijau iaitu bila dapat sahaja duit RM5 simpan dalam tempat khas. Cukup setahun buka dan masukkan dalam ASB / Tabung Haji.

4. Buat auto-transfer ke akaun ASB / Tabung Haji setiap bulan. Sama macam no 2. Jangan daftar ASB / TH online. Sekarang Tabung Haji dah boleh keluarkan online daripada maybank2u 😅. Kalau ASB tak boleh lagi. Jadi kebarangkalian nak keluarkan tuh susah sebab nak kena pergi kaunter.

5. Jika sudah cukup EMERGENCY FUND. Boleh mula untuk melabur dalam unit amanah. Buat Regular Saving Plan (RSP). The Power Of Compounding mesti buat korang terkejut.

6. Boleh daftar Private Retirement Scheme (PRS). Ini khas untuk persaraan. Boleh buat potongan minimum RM50 sebulan. Akaun ini tak boleh keluarkan sehingga umur 55. Dapat tax relief sehingga RM3k lagi.

7. Boleh buat ASBF sebagai force saving. Dividen yang dapat setiap tahun jangan sentuh. Bayar sahaja setiap tahun. Biarkan COMPOUNDING. Hasil menakjubkan🤩

Faiz ada client yang dia buat simpanan paksa (force saving) tanpa dia semak dah berapa simpanan dia ada.

Dia tetap saving je setiap bulan. Orang macam ini susah sekarang kerana perlu jimat cermat, ikat perut, kurang shopping online, kurang makan hipster.

Tapi masa depan dia akan senang. Ada harta, ada pasif income dan hutang tak banyak😃

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *