KISAH SEBATANG PEN

Cerita malam tadi tengah coaching dengan salah seorang team datang seorang lelaki yang menawarkan pen dengan harga 4 batang RM10.

Faiz amik pon sebab memang pen nie pon Faiz suka dan tak silap harga dia lebih tinggi di kedai buku.

Bila Faiz bayar kepada lelaki itu then lelaki itu cakap

‘Tuan keluar RM10 akan masuk RM10juta’

waktu tuh rasa wow bukan amount yg kecil. Faiz pon aamiiin doa penjual pen tersebut 😃

Apa yg Faiz rasa hormat kepada penjual pen tersebut ialah usaha beliau buat direct selling begitu dengan menjual pen.

Faiz percaya beliau bukan biasa-biasa walaupun berpakaian begitu. Beliau seorang yg berjaya walaupun dengan menjual pen.

Teringat kata-kata seorang kawan Faiz yang dia baca dalam sebuah buku entrepreneurship. Nak jadi jutawan tidak susah tetapi perlu tahu cara

Jika kita jual sebatang pen berharga RM1 perlu jual kepada 1 juta orang dan kita akan menjadi jutawan 😃

Begitu lah sebaliknya dalam segala perniagaan yang kita lakukan iaitu kena tahu cara untuk mencapainya 😁

Jika kita target untuk bersara jutawan kelak kita perlu target simpanan daripada sekarang. Andai kita mempunyai RM1 juta ketika bersara dan diletakkan di tempat yang memberi pulangan 6% setahun.

Kita akan mendapat pulangan RM60k setahun bersamaan pendapatan pasif RM5k sebulan tanpa sentuh RM1juta tersebut.

Lebih awal kita bermula, lebih sedikit modal yang diperlukan😃

Tiada penerangan foto disediakan.
Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *