ASBF TAK BERBALOI

(GAMBAR PERTAMA)

Encik I : Sy dah buat sblm ni n dah closed pon tp rasa nak buat lagi, tp duk fikir2 berbaloi lg ke x dengan dividen dan bonus berkurang

Faiz : Ohhhhh i see. Kenapa tak berbaloi?

Encik I : Sbb kan smkn berkurang.. Mengikut firasat sy yg xpandai nih

Faiz : Tuan ada buat kiraan?Encik I : SEEN

Faiz kadang-kadang tertanya-tanya yang kata ASBF ini tak berbaloi dan rugi nie mereka ini dah pernah buat ke ASBF ini atau pernah buat tetapi buat ikut orang je sebab itu boleh jadi rugi. Ke akaun ASB pon tak pernah ada saja nak menyakat. Hehehe

.

Bukan apa Faiz kesian pada yang betul-betul berniat untuk buat ASBF untuk simpanan dan pelaburan tetapi disebabkan mereka ini terus tak jadi nak buat. Faiz nak share sikit case dua orang client Faiz yang buat ASBF pada pertengahan tahun lepas. Diorang nie RUGI tau !!!

.

CASE 1 (GAMBAR KE-2)

===================

Jumlah pembiayaan : 100K

Kadar keuntungan bank : 5.15 %

Tarikh disburse : 14 Feb 2018

Tarikh mula bayar : 01 Mac 2018

Bulanan : RM 539.88

DIVIDEN + BONUS

===============

Dividen : RM 5416.67

Bonus : RM 416.67

Jumlah keseluruhan : RM 5 833 (GAMBAR KE-3)

Principal : RM 100 000 (Nilai sijil) – RM 98 977.38 (Baki Pembiayaan ) = RM 1022.62

Modal : RM 539.88 x 10 bulan = RM 5398.80

Keuntungan kasar : RM 6 855.62 (DIVIDEN & PRINCIPAL) – RM 5398.80 = RM 1456.82

.

CASE 2 (GAMBAR KE-4)

===================

Jumlah pembiayaan : 200K

Kadar keuntungan bank : 5.15 %

Tarikh disburse : 03 JULAI 2018

Tarikh mula bayar : 01 OGOS 2018

Bulanan : RM 1079.76

DIVIDEN + BONUS

===============

Dividen : RM 5416.67

Bonus : RM 416.67

Jumlah keseluruhan : RM 5 833 (GAMBAR KE-5)

Principal : RM 200 000 (Nilai sijil) – RM 198 500.23 (Baki Pembiayaan ) = RM 1499.77

Modal : RM 1079.76x 5 bulan = RM 5398.80

Keuntungan kasar : RM 7 332.77 (DIVIDEN & PRINCIPAL) – RM 5398.80 = RM 1934.77

.

Tidak sampai setahun client case pertama dah untung kasar RM 1456.82 dan client case kedua dah untung kasar RM1934.77. Untung ke untung??

Gembira rasa apabila client ucap terima kasih kerana bantu beliau dalam menyimpan dengan ASBF. Kepuasan sebagai seorang consultant apabila client-client beliau berasa gembira dapat melakukan simpanan yang berbaloi-baloi. Faiz bukan pentingkan komisyen semata-mata sahaja Faiz (GAMBAR LAST).

Kalau pentingkan komisyen semata-mata selepas lulus pembiayaan ASB mereka Faiz dah tak serve dah client-client . Faiz nak bantu client Faiz merancang kewangan mereka dengan lebih baik dan gembira apabila mereka berjaya menyimpan dan mencapai matlamat mereka. Faiz dah buat ASBF sejak belajar rasa nikmat bila berjaya menyimpan sebab itu Faiz share. Hehehe

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *