KO-TAKAFUL

Medical card korang ada KO-TAKAFUL? Ke korang tak tahu apa itu KO-TAKAFUL? Cuba tanya agen takaful korang semula samaada MEDICAL CARD korang ada benda tuh atau tak?Jika korang tak tahu apa itu KO-TAKAFUL. Hari ini admin nak SHARE mengenai KO-TAKAFUL. Ko-Takaful atau Ko-Insurans (Co-Takaful/Co-Insurance) adalah perjanjian yang ditetapkan antara peserta dan syarikat pengendali takaful/insurans.


Dalam erti kata lain ialah perkongsian bersama kos yang dikeluarkan oleh pihak hospital kepada peserta dan pengendali takaful. Ianya boleh dalam bentuk jumlah atau peratusan yang telah ditetapkan oleh sesebuah syarikat takaful seperti 10% atau maksimum RM500.Apabila korang masuk WAD atau melalui PEMBEDAHAN. Syarikat takaful yang mengenakan KO-TAKAFUL tidak akan menanggung ๐Ÿ“ท๐Ÿ’ฏ kos RAWATAN tersebut.


Maka anda perlu membayar KO-TAKAFUL mengikut jumlah yang ditetapkan.Sebagai contoh :

1. Abu dimasukkan ke dalam hospital dan melalui PEMBEDAHAN. Kos keseluruhan caj rawatan adalah berjumlah RM20K. Syarikat takaful A mengenakan KO-TAKAFUL sebanyak 10% maka jumlah yang perlu dibayar oleh Abu ialah RM2K.


2. Ali dimasukkan ke dalam hospital dan melalui PEMBEDAHAN. Kos keseluruhan caj rawatan adalah berjumlah RM20K. Syarikat takaful B mengenakan KO-TAKAFUL maksimum RM500 maka jumlah yang perlu dibayar oleh Ali ialah RM500.


Oleh itu, korang kena tahu samaada MEDICAL CARD korang tuh ada KO-TAKAFUL atau tak ada. Tak ada lah terkejut beruk apabila tiba2 korang kena bayar nanti๐Ÿ“ท๐Ÿ˜…
Ingin mencari syarikat takaful yang tiada KO-TAKAFUL supaya korang boleh masuk hospital dan mendapatkan rawatan dengan senang hati tanpa memikirkan kos-kos tambahan yang menyebabkan anda perlu mengeluarkan duit tunai anda.


Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *