MENGAPA ANAK MUDA PERLU BUAT ASB FINANCING SEBELUM BELI HARTANAH. NOMBOR 8 PALING WIN.

Beli HARTANAH memang sangat penting ketika muda. Namun tanpa ILMU mungkin korang tidak dapat capai IMPIAN korang. Jadi admin nak SHARE 10 sebab mengapa anak muda perlu buat ASB Financing sebelum beli hartanah.
Penerangan ada pada setiap gambar. Jangan baca poin dia saja. Rajin sikit. Baca sekali apa yang admin share ya.
Dah baca SHARE terus agar lebih ramai orang mendapat MANFAAT. Nanti korang nak rujuk semula pon mudah. hehehe
AMIRUL FAIZ CIKGU KEWANGAN ASBF . UNIT TRUST . TAKAFUL

Sebenarnya ramai yang tak tahu kalau korang simpan secara biasa sahaja. Simpanan korang tuh sangat lambat berkembang tau. Macam KURA-KURA. Korang nak beli hartanah perlukan deposit sekurang-kurangnya 15% daripada harga rumah. Kalau rumah RM 100k so korang perlukan RM 15k untuk deposit rumah. Kalau korang mampu simpan RM540/bulan.. Jika simpan secara biasa korang perlukan tempoh 2 tahun 3 bulan untuk capai RM15k tetapi jika korang buat ASB Financing korang boleh dapat RM18k. Ada lebih RM3k untuk korang nak guna persiapan masuk ke rumah. Sapa nak bagi kan RM3k.
Memang tidak dinafikan kereta juga adalah keperluan sekarang tetapi haruslah berpatutan dengan kemampuan korang. Jangan korang beli kereta mengikut maksimum kelayakan korang.. Kalau bulanan kereta sahaja dah capai 50% daripada gaji korang. Memang tak ada lah impian nak beli rumah. So beli kereta mengikt kemampuan korang. Banyak tips korang boleh GOOGLE untuk beli kereta. Ramai yang tak tahu ialah korang boleh PAIRING kereta koranfg dengan ASB Financing tau. Kereta habis bayar dan korang mempunyai simpanan sebanyak RM25k. Admin dah pernah share sebelum ini. Cuba scroll kat bawah.
ASB Financing ini konsep dia seperti ‘force-saving’ tau. Kalau korang tuh jenis yang tak boleh nak simpan duit. Dapat gaji je tengah bulan dah habis. Ntah tak tahu mana gaji korang pergi pon korang tak tahu. So ASB FInancing ini adalah tool yang terbaik untuk korang belajar menyimpan. Dapat gaji sahaja terus bayar ASB Financing. Tak adalah gaji korang habis begitu sahaja tak tahu kemana ianya dil… See More
Apabila korang dah buat ASB Financing beberapa tahun. Ilmu pon sudah ada mengenai hartanah. Korang dah rasa kewangan korang dah mampu untuk beli hartanah so korang boleh lah mula mencari hartanah yang sesuai. Jika korang dah beli hartanah dan mampu untuk melayan ASB FInancing so teruskan je. Jika tak mampu korang boleh terminate sahaja. Tiada masalah. Yang penting korang buat bank yang tiada lock in period. Nak tahu bank mana yang tak ada. Pm admin okay. Kalau tak susah lah korang nak terminate nanti.
Kalau korang dah cukup deposit rumah da ilmu mengenai hartanah yang cukup. Boleh lah mula melabur di dalam hartanah. Korang kena tahu bukan semua orang yang melabur dalam hartanah itu UNTUNG sahaja. Jika tiada ilmu korang boleh rugi tau melabur dalam hartanah. Jangan main-main. Hutang bukan 10 tahun or 5 tahun. 30 tahun okay. So cari lah ilmu dahulu yang penting, Sementara nak mencari ilmu itu boleh lah buat ASB Financing dahulu untuk kumpul deposit rumah kan. Dah betul-betul bersedia korang terminate lah ASB FInancing korang tuh.
Tabung kecemasan ini sangat penting okay. Korang tak tahu bila korang akan ditimpa musibah dan perlukan simpanan. Macam kena buang kerja atau sebagainya.So tabung kecemasan ini dapat korang gunakan bila korang perlukan. Paling baik tabung kecemasan adalah bersamaan 6 bulan pendapatan korang okay. So korang bole lah gunakan ASB Financing untuk mencipta tabung kecemasan korang tuh.
Ramai fresh grad yang dapat kerja baik dan gaji besar terus nak beli hartanah. Kadang-kadang akan reject permohonan korang tau. Walaupun gaji korang besar kerana korang tak ada rekod. Bank nie nak bagi pinjam duit bukan mudah okay. Dia nakk tahu juga korang nie orang yang macam mana? Pembayar yang baik dan budiman atau jenis lari daripada bayar hutang. Hah so kalau korang dah buat ASB Financing nie korang dah ada rekod pinjaman dengan bank tetapi jangan lah korang tak bayar pulak bila dah buat ASB Financing. Korang jagalah baik-baik bayaran ASB Financing korang tuh. Barulah bank akan SAYANG kat korang. Nak bagi pinjam pon mudah.
Istiqomah dengan komitmen ini sangat penting okay. Kadang-kadang korang kena tahu yang korang ini boleh ke nak hadap hutang selama 30 tahun. Lama tuh. Bukan sekejap. Jika anda tak disiplin dan tidak membayar secara konsisten, alamatnya rumah anda kena tarik balik. Kasihan. Jangan terburu-buru nak melabur dalam hartanah jika belum cukup ilmu di dada. So korang boleh mula dulu dengan ASB Financing untuk korang cuba disiplinkan diri dengan komitmen. JIka korang rasa dah bersedia dan mampu boleh lah beli hartanah.
Okay yang terakhir ialah apabila korang buat ASB FInancing ini korang boleh disiplinkan diri korang tuh okay. Korang disiplinkan diri korang untuk membayar hutang. Senang macam ini. ASB Financing ini nak melatih tahap disiplin anda membayar ansuran secara teratur dan terancang. Tak perlu cakap anda bijak menguruskan wang. Jika sudah mula pegang duit sendiri, semua nak beli. Reward yourself kononnya. So korang boleh cuba dahulu buat ASB Financing untuk korang melatih diri dulu. Korang juga boleh membina habit menyimpan dengan ASB FInancing.
Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *