AMANAH SAHAM BUMIPUTERA (ASB)

📷📷 ASB ini ada dua iaitu ASB SIMPANAN BIASA dan PEMBIAYAAN ASB (ASB Financing).

📷📷 ASB simpanan yang selalu kita baca dan dengar iaitu kita menyimpan secara biasa di dalam ASB sama seperti kita simpan di dalam bank. Purata dividen 6-7% dikira berdasarkan purata baki terendah setiap bulan.

📷📷 Apabila kiraan adalah purata baki terendah setiap bulan maka dividen akan lebih rendah berbanding apa yang anda kira jika anda jika menggunakan formula (baki akhir tahun ) × ( kadar dividen).

📷📷 Sebagai contoh, anda menyimpan secara tetap RM300 setiap bulan bermula 1 Januari hingga Disember. Dividen diumumkan sebanyak 7.25 sen seunit. Maka jumlah simpanan RM 3600. Dividen yang akan anda perolehi adalah RM 139 berbanding RM 261 yang ramai orang kira.

📷📷 ASB Financing atau pembiayaan ASB adalah satu kemudahan yang disediakan oleh pihak bank untuk kita membuat pembiayaan bagi dilaburkan di dalam ASB. Pihak bank akan membeli sijil ASB mengikut jumlah pembiayaan yang kita pohon tetapi sijil tersebut belum sah menjadi milik kita sehingga pembiayaan selesai dibayar.

📷📷 Namun begitu, kita layak mendapat dividen setiap tahun berdasarkan pembiayaan yang kita mohon di bank. Keistimewaan ini yang terdapat pada ASB Financing kerana kita menggunakan konsep Others People Money (OPM) untuk melabur. Tidak semua mempunyai cash yang banyak sehingga RM200k. Maka ASB Financing merupakan tool untuk memaksimumkan pelaburan dengan modal yang rendah setiap bulan mengikut kemampuan.

📷📷 Sebagai contoh, anda memohon ASB Financing RM55k dengan rate 4.8% selama 30 tahun tanpa takaful. Bayaran bulanan adalah RM 288 dan setahun adalah RM3462. Katakan dividen 7.25 sen seunit. Selepas setahun anda terminate.

📷📷 Hasilnya :-

Dividen : RM 3987

Surrender Value : RM 842 J

umlah keseluruhan : RM 4829

Modal : RM 3462

📷📷 Perbezaan ASB biasa dan ASB Financing adalah dari segi hasil. Boleh dilihat diatas. Oleh itu, ASB Financing ini sangat sesuai bagi yang tiada modal yang besar dan mahu maksimumkan simpanan mereka.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *