GAJI 5K pon tak cukup!!!

Bagus bila buat pembahagian macam nie maksudnya dah merancang siap-siap setiap portion gaji untuk apa.

Cuma apa yang Faiz boleh share adalah part komitmen kereta sehingga RM700. Come on fresh grad tak perlu lah komitmen kereta sampai RM700.

Banyak lagi kereta yang bulanan RM300 sahaja. Beli kereta 2nd dahulu tak apa. Cari kereta 2nd yang elok sikit.

Banyak lagi bro😅

Tak perlu terpengaruh dengan orang lain. Kalau komitmen kereta boleh cut ke RM300 sebulan je. Balance RM400 dah save dekat part kereta.

Lebih bagis jika kereta masih belum perlu naik je dulu motor. Malu apa bossku. Gaji kita, duit kita, kita yang rasa😁

Jika boleh save sebulan RM300 pon dah cukup sekurang-kurangnya.

Jika setiap bulan ko simpan RM270 setiap bulan selama 3 tahun:-

Simpanan biasa hasil RM9720

Simpan ASB biasa hasil RM 10,807

Simpan ASB Financing (teknik biasa) hasil RM 13,561

Simpan ASB Financing (teknik luar biasa) hasil RM 16,572

Jika boleh berhenti merokok lagi banyak boleh save tuh😍

Sebenarnya masalah bukan pada gaji semata tetapi yang utama adalah pada cara pengurusan kewangan kita. Bagi lah gaji RM5k sekali pon tetap tak cukup. Percaya lah

Sebab kalau gaji dah RM5k tak akan naik kereta komitmen bulanan RM700 mesti upgrade lagi bro. Sekurangnya yang komitmen bulanan RM2k baru orang pandang🤩

Betul ke betul?

‘its not about how you make a money, its about how you manage money’

Robert T.Kiyosaki, Rich Dad Poor Dad

Imej mungkin mengandungi: teks
Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *