BELI RUMAH CARA LUAR BIASA

.
Siapa nak beli rumah dan dalam masa sama membuat tabung persaraan 200k?
.
Ini bukan scam ya. Ini hanya lah teknik pairing antara ASBF dan juga rumah. Perkongsian ini hanya lah pendapat secara individu dan tidak melibatkan mana-mana pihak.

Faiz faham setiap orang mempunyai keinginan memiliki rumah dan rumah merupakan satu keperluan kepada semua orang terutamanya bagi yang sudah bekeluarga atau yang bakal mendirikan rumahtangga. Oleh itu, Faiz cuma nak share salah satu teknik bagaimana bagi yang ingin beli rumah dan masa sama membuat tabung persaraan 200k dengan hanya membayar komitmen satu sahaja.
.
Teknik ini sesuai bagi yang telah mempunyai deposit rumah dan layak daripada segi kelayakan untuk memohon pembiayaan rumah dan ASBF. 
.
Bagaimana? Lihat dibawah :-
.
TAHUN 1
========
1. Tahan dahulu keinginan tahun pertama untuk membeli rumah. Apply dahulu ASBF 200k dengan kadar keuntungan 5% selama 30 tahun tanpa takaful. Bulanan RM1074 setahun RM12,888

2. Bayar ASBF sehingga akhir tahun. Andaikan dividen 7% RM 14,000

TAHUN 2
========
3. Berjumpa dengan agen rumah untuk bantu carikan rumah berharga RM 200k. Apabila telah berkenaan dengan rumah yang ingin dibeli. Minta agen untuk uruskan untuk langkah seterusnya. Andaikan sebuah rumah. Anggaran komitmen bulanan bagi rumah 200k adalah RM1k
4. Gunakan dividen ASB untuk bayar komitmen setahun rumah RM14,000 – RM12,000 = RM2000 (lebihan dividen).

5. Bayar ASBF seperti biasa sehingga akhir tahun. Andaikan dividen 7% RM14,000. Ketika ini komitmen hanya pada ASBF sahaja kerana rumah telah dibayar menggunakan dividen daripada ASB.

TAHUN 3-31
===========
6. Ulang langkah pada tahun ke-2 sehingga akhir tahun ke-31 dan jangkaan rumah sudah habis dibayar.

7. ASBF juga sudah habis bayar.

.
HASIL 
=====
🔴 RUMAH BERHARGA 200K – SETLLED

🔴 ASBF 200K – SETTLED
.
Dengan melakukan teknik ini boleh mendapat rumah dan juga sijil ASB 200K dengan komitmen hanya RM1K sebulan. Hasil selepas 31 tahun akan dapat sijil ASB 200K dan sebuah rumah. Selain itu, lebihan dividen hasil tolak komitmen rumah setahun anggaran dalam RM60K. 
.
Sijil ASB 200K akan menghasilkan dividen sebanyak 14K setiap tahun bersamaan pendapatan pasif RM1,167 setiap bulan. 
.
Komitmen untuk ASBF dan rumah sudah tiada bermakna ada lebihan pendapatan RM1k jika masih ada pendapatan.
.
Teknik sangat sesuai kepada yang bakal membeli rumah kerana korang boleh beli rumah dalam masa yang sama membuat simpanan.
.
Kenapa hendak pilih dapat satu sedangkan korang boleh dapat kedua-duanya dengan modal yang sama. Jadilah pengguna yang bijak. 

Tiada penerangan foto disediakan.
Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *