MAKSIMUMKAN KUOTA ASB!!! (BUMIPUTERA WAJIB BACA)

GAMBAR PERTAMA.

Client : Assalamualaikum faiz

Sy XXXXXXX. Katakan sy dh ada rm100k dlm asb, kalo nak buat asbf for the first time, bule apply max rm200k atau buleh rm100 shj ya?


Faiz : Waalaikummusalam. Ya saya. Maaf lambat. Kita pernah jumpa ke? Banyaknya simpanan rm100k. Boleh buat rm200k cik


Client : X pernah jmpe. Dah 10 tahun kerja, smpan asb. Oh masih bule rm200k bg asbf ye? Tapi kata limit rm200k?


Faiz : Oh ingatkan pernah jumpa. Wah baik cik. Betul cik limit rm200k untuk ASB tetapi cik boleh buat asbf 200k. Saya suggest cik guna modal RM12,888 sahaja untuk bayar setahun asbf 200k dan baki transfer dalam Tabung Haji.


Client : Kenapa kena transfer ke TH? X buleh biarkan je dalam asb ke?
Faiz : ASB limit 200k sahaja cik. Saya suggest begitu kerana nak maksimumkan hasil simpanan cik.


Client : Ooo okok. So antara dua ini mana lg untung, bule u kirakan x 1) buat asbf utk another rm100k shj? Bg cukupkan rm200k dlm asb Or 2) buat macm diatas u suggest . .

Semalam Faiz dapat whatsapp daripada seorang client wanita seperti diatas. Banyak betul simpanan beliau dalam ASB. Agak2 bagaimana beliau istiqomah untuk membuat simpanan banyak macam tuh. Sebenarnya ada beberapa orang Faiz jumpa yang mempunyai simpanan sebanyak ini dalam akaun mereka. Kebanyakkan mereka seperti orang biasa-biasa sahaja tetapi simpanan mereka woww. .

Jadi Faiz nak share hasil antara dua situasi diatas.

.

CONTOH CASE

.

. CASE 1

======

CASH : RM 100k

ASBF : RM 100k

Andaikan dividen ASB : 7%

Terminate selepas 3 tahun

. Hasil selepas 3 tahun

=================

1. Dividen terkumpul : RM 45k (GAMBAR KEDUA)

2. Surrender value : RM 4657 (GAMBAR KETIGA)

3. Cash : RM 100k JUMLAH KASAR : RM 149,657

. .

CASE 2

======

CASH LETAK TABUNG HAJI : RM 93,559

ASBF : RM 200k

Andaikan dividen ASB : 7%

Andaikan hibah TH : 6%

Terminate selepas 3 tahun .

Hasil selepas 3 tahun

================= .

1. Dividen ASB : RM 45k

2. Hibah TH : RM 17,871 (GAMBAR KE-4)

3. Surrender value ASBF : RM 9313 (GAMBAR KE-5)

4. Cash dalam TH : RM 93,559

JUMLAH KASAR : RM 165,743

. .

Perbezaan case pertama dan kedua lebih RM16k. Komitmen kedua-dua case diatas hanya RM540 sahaja sebulan. Kenapa pilih hasil sedikit jika boleh dapat lebih kan. Siapa nak bagi kan RM16k lebih tuh. Kalau korang rasa sikit boleh bagi kat Faiz. Hehehe

.

ASB ini dibuka khas buat bumiputera sahaja dan ada kuota. Kalau bumiputera sendiri tak nak rebut peluang. Bayangkan kalau dibuka untuk semua kamu. Siapa yang paling laju rebut?

.

Betul ke betul?

.

Sebab itu siapa yang jadi client Faiz bukan setakat Faiz referkan case. Faiz akan guide bagaimana dapat maksimumkan ASBF korang mencapai matlamat korang. Faiz bukan lepas lepas lulus pembiayaan ASB terus Faiz tinggalkan client Faiz (GAMBAR LAST)

.

Client Faiz 2018 masih lagi Faiz guide dan bagi service sehingga sekarang walaupun urusniaga dah tamat sebab Faiz nak client Faiz betul-betul happy dan rasa hasil diaorang simpan. Itu beza consultant dengan yang lain. Korang dapat personal guide dan boleh tanya bila-bila masa sahaja. Servis Faiz free sahaja tiada apa-apa caj. Cuma ngopi2 je. Hehehe

.

LIKE dan SHARE banyak2 supaya Faiz boleh share lagi.

.

Anda ada masalah? Tanyalah CIKGU.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *