MELABUR TANPA TUNAI

Melabur tanpa TUNAI? Bagaimana ek? Selain melabur di dalam ASB korang juga boleh melabur di dalam UNIT AMANAH yang berpotensi memberi potensi PULANGAN 10-15% setahun.

Kalau korang nak tahu UNIT AMANAH ini adalah pelaburan mid-long term iaitu 5 tahun dan keatas bagi mendapatkan potensi pulangan seperti diatas. Makin lama simpan dalam Unit Trust ni, makin banyak untung. 10 tahun ke, 15 tahun ke.

Ianya boleh dilaburkan dengan menggunakan TUNAI atau KW5P akaun 1. Bagi yang LAYAK invest menggunakan akaun 1 KW5P adalah satu KELEBIHAN bagi korang. Lagipon akaun 1 korang bukan boleh dikeluarkan pon sebelum umur 55 tahun.

Daripada korang biarkan sahaja di dalam KW5P lebih baik korang dapat MAKSIMUMKAN pulangan KW5P korang tuh. Korang kena tahu KW5P itu untuk RETIREMENT. Cukup ke KW5P korang time RETIREMENT korang nanti?

Namun tidak semua yang layak INVEST menggunakan akaun 1 KW5P. Tapi, KW5P tak benarkan kita keluarkan semua duit kita dalam Akaun 1 tu segedebuk. Ada kiraan had pengeluaran dia yang kau perlu tahu.

Pertama, kau kena tahu pasal SIMPANAN ASAS (RUJUK GAMBAR DIBAWAH). Simpanan asas ni berbeza ikut umur kita. Contoh orang umur 33 tahun, simpanan asas adalah RM41K.Kalau umur 38 tahun pula, simpanan asas adalah RM66K. Semak dulu berapa duit kau ada dalam Akaun 1 tu kemudian tolak dengan SIMPANAN ASAS ni.SEBAGAI CONTOH 📷⬇️📷⬇️📷⬇️

Katakan Ali berumur 33 tahun dan ada RM80K dalam Akaun 1. Simpanan asas adalah RM33K, kan. Jadi lepas kau tolakkan, dapatlah RM47K.RM80,000 – RM41,000 = RM47,000

Next step. RM47K pun Ali tak boleh labur semuanya. KW5P benarkan maksimum 30% saja daripada RM47k tu untuk dilaburkan dalam Unit Trust.RM47K x 30% = RM14,100

Jadi, yang Ali boleh laburkan hari ni dalam UNIT AMANAH adalah RM14,100. Macam itulah serba sedikit pasal pelaburan UNIT AMANAH tanpa modal tunai.

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *