MAKSIMUMKAN SIMPANAN DENGAN ASB FINANCING

===============================================================

πŸ“·πŸ”˜ Ramai yang tanya apa kelebihan buat ASB Financing berbanding simpan di dalam ASB biasa sahaja? Kenapa nak kena buat ASB Financing? .

πŸ“·πŸ”˜ Ramai juga yang Faiz jumpa mereka hanya buat simpanan biasa je tak letak kat sekurang-kurangnya di dalam ASB atau Tabung Haji.

.

πŸ“·πŸ”˜ Kalau korang letak simpanan korang kat dua tempat diatas sekurang-kurangnya dapat memberi pulangan 6-8% setahun daripada korang simpan biasa.

.

#AwasPanjang!!! .

πŸ“·πŸ”˜ Tetapi ada satu kemudahan yang disediakan oleh bank yang dapat maksimumkan simpanan korang iaitu ASB Financing.

.

πŸ“·πŸ”˜ ASB Financing adalah korang memohon pembiayaan ASB dengan bank dan apabila lulus bank akan membeli sijil ASB atas nama korang dan korang akan mendapat dividen berdasarkan jumlah pembiayaan ASB korang.

.

πŸ“·πŸ”˜ Kenapa ASB Financing lebih baik daripada ASB biasa kerana dividen ASB akan dikira berdasarkan purata baki terendah setiap bulan. Sebagai contoh :-

KES 1 Halim (bukan nama sebenar) mampu membuat simpanan RM1080 setiap bulan tanpa gagal. Halim perlu memasukkannya paling lewat setiap 1hb agar ianya dikira pada bulan tersebut.

.

Jika Halim masukkan selepas 1hb ianya tidak dikira kerana ASB akan mengambil baki terendah bulan tersebut. Jika Halim memasukkan RM1080 setiap bulan pada 1hb dan dividen pada tahun tersebut diumumkan maka dividen yang diperolehi pada tahun tersebut adalah sebanyak RM491 (RUJUK GAMBAR PERTAMA)

.

KES 2

Ahmad (bukan nama sebenar) memohon pembiayaan ASB Financing RM200K dengan kadar keuntungan bank 5.05% selama 30 tahun maka bayaran bulanan adalah sebanyak RM1080.

.

Bila ASB Financing telah disburse Ahmad boleh lihat dalam akaun ASNB online ada RM200K tetapi ianya dalam bentuk sijil. Jika dividen ASB diumumkan maka dividen yang Ahmad adalah sebanyak RM14K.

.

πŸ“·πŸ”˜ Mengapa dividen ASB Financing lebih banyak berbanding ASB biasa kerana dividen ASB Financing dikira berdasarkan jumlah pembiayaan RM200K berbanding ASB simpanan biasa adalah berdasarkan baki terendah setiap bulan.

.

πŸ“·πŸ”˜ ASB Financing ini adalah konsep OPM iaitu Other People Money iaitu korang menggunakan duit bank untuk melabur dan maksimumkan simpanan korang.

.

#ManaYangKorangNak

.

πŸ“·πŸ”˜ Sebab itu orang kaya akan terus kaya kerana mereka tahu bagaimana ingin terus kembangkan simpanan mereka. Let’s money work for usπŸ“·πŸ˜

.

πŸ“·πŸ”˜ Walaupun mempunyai modal yang banyak namun orang kaya akan tetap full kan ASB Financing mereka kerana mereka tahu kelebihan ASB Financing berbanding simpanan ASB biasa.

.

πŸ“·πŸ”˜ Kuota seorang hanya RM400K sahaja bagi ASB dan ASB 2 so diorang akan menggunakan proxy mereka. Hebat ke hebatπŸ“·πŸ˜

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *