Ada yang tanya Faiz soalan macam nie apabila dah bekerja 5 tahun simpanan lansung tak ada.
Faiz faham setiap orang mempunyai komitmen yang berbeza. Ada yang gaji besar komitmennya pon besar.
Tetapi jika dapat ketepikan sekurangnya sedikit RM200 sebulan khas untuk saving sahaja ke tempat yang sukar untuk capai. Sebagai contohnya :-
1. ASB
2. TABUNG HAJI
Dalam masa setahun akan berjaya kumpul RM2400 dan berjaya kumpul RM12K dalam masa 5 tahun. Banyak ke banyak?
Apabila dah buat ini maka automatik akan terbiasa dan mungkin akan membuat simpanan yang lebih selepas itu.
Seterusnya baru boleh go for part investment dalam tempat yang selamat seperti unit amanah dan ASBF.
Dua tempat ini mampu memberikan pulangan yang jauh lebih baik daripada simpanan biasa di bank. Mengapa perlu untuk melabur?
Bukan sebab ingin cepat kaya tetapi nak mengatasi kadar inflasi setiap tahun yang semakin lama inflasi akan memakan nilai simpanan kita sekarang.
Jika sekarang RM12k itu terasa banyak belum tentu RM12k itu akan sama nilainya dengan sekarang. Nak mudah faham
Lihat harga makanan sekarang. Harga sekeping roti canai yang dulu boleh dapat harga berapa sen sahaja. Sekarang dah jadi RM1.50
Oleh itu kita sangat perlu mencari tempat yang mempu memberi pulangan lebih daripada kadar inflasi.

