BELI KERETA OR SAVING?

Mesti korang pening kan nak fikir samaada nak beli kereta atau nak saving. Kalau dah beli kereta nanti takot tak boleh saving plak. Kereta penting KOT walaupun jarang guna tapi ada masa memang sangat DIPERLUKAN. Lagi2 kalau nak berumahtangga atau sudah ada family. So kereta itu memang keperluan cuma korang kena lah tahu kemampuan korang untuk pakai KERETA apa. Banyak dah tips dan nasihat yang berguna untuk korang guna untuk beli kereta. GOOGLE je

.

Cuma kali ini admin nak share kepada korang satu teknik yang boleh korang gunakan untuk beli KERETA dan dalam masa yang sama korang ada SAVING kelak. Tak ada lah korang bayar kereta sahaja sampai 9 tahun dan tiada SAVING. Bukan lebih baik korang boleh buat dua2 pada masa yang sama. Kill Two Birds With One Stone. Gitu

.

Teknik dibawah ini admin dah mudahkan dalam bentuk gambar dan penerangan di setiap gambar supaya KORANG mudah FAHAM dan JELAS. Admin nak minta korang LIKE dan SHARE banyak2 supaya lebih ramai orang dapat MANFAAT bersama.

Tahun pertama nak beli kereta tuh korang tahan dahulu NIAT untuk beli kereta. Ini bagi yang baru nak beli kereta dan masih terfikir samaada nak beli KERETA or SAVING. Yang mana rasa belum keperluan lagi untuk beli kereta MASA sekarang so hold dulu niat korang dalam setahun. Lets say jika korang nak beli kereta MYVI 1.3 zero downpayment selama 9 tahun dengan komitmen bulanan adalah RM528 (setahun RM6336) Oleh itu, korang kena paksa diri korang untuk menghadap komitmen bulanan RM600 bagi menanggung kos-kos lain.
Tahun pertama korang apply dahulu ASB-Financing RM100k (selama 30 tahun) dengan kadar 5.05% anggaran bulanan RM540. Tanpa TAKAFUL.
Korang layan dahulu ASB-Financing selama setahun. Sebulan RM540 (setahun RM6480). Bayar dengan ISTIQOMAH tanpa GAGAL okay. Time nie juga nak tengok kemampuan korang mampu ke bayar komitmen bulanan RM600/bulan tanpa GAGAL. Baki RM60 tuh korang simpan untuk keperluan mendatang. Selain itu, ASBF ini juga korang boleh buat rekod CCRIS korang nampak cantik je. Lepas nie kalau nak mohon apa2 bank boleh nampak pembayaran ko CANTIK je.
Andaian selepas setahun dividen 6.75% maka dividen yang akan diperolehi ialah 6.75% x RM100,000 = RM6750. Sekarang barulah masanya korang beli kereta. Bahagikan dividen tadi dengan 12 bulan so RM6750/12 = RM562. Ambil dividen yang diperolehi tadi untuk membayar komitmen kereta MYVI anda setahun atau lagi bagus keluarkan setiap bulan. Terus bayar ASBf 100k tu seperti biasa dan gunakan dividen tadi untuk bayar setahun instalment kereta baru korang tuh. RM6750-RM6336 = RM414 (lebihan dividen). Ingat tak tadi ada lebihan RM60 sebulan? (Rujuk atas). Maka genap setahun anda mempunyai RM720 tambah RM414 (lebihan dividen selepas tolak komitmen kereta setahun). Jadi sekarang korang ada RM1134 yang mana boleh cover kos-kos lain tuh.
Ulang langkah #4 sehingga kereta habis bayar. Korang ikut je langkah #4 sehingga tahun ke-10 sampai kereta habis dibayar dan bayar ASBF 10 tahun.
Tahun ke-10 korang pergi ke bank dan terminate ASBF korang. Anggaran hasil terminate korang.
DIVIDEN = RM 6750
SURRENDER VALUE = RM 18 536
JUMLAH KESELURUHAN = RM 25 286
Tahun ke-10 kereta korang dah habis bayar dan korang mempunyai simpanan RM25 286 hasil terminate asbf korang. Kan lebih baik dengan cara ini daripada korang bayar kereta secara biasa. Komitmen korang hanya RM600 sebulan SAHAJA berbanding dengan cara biasa belum tentu korang dapat menyimpan selepas beli kereta. BETUL KE BETUL?
Share kepada family dan rakan anda supaya lebih ramai dapat tahu mengenai teknik ini. Sekurang-kurangnya dapat bantu mereka juga.
Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *