10 FAKTA MENGENAI ASB

1. ASB atau Amanah Saham Bumiputera adalah salah satu dana dibawah PNB. Dana lain yang terdapat di bawah PNB adalah seperti ASW, ASN, ASW dan lain-lain.

2. ASB diwujudkan pada tahun 2005 oleh Tun M bagi menggalakkan lebih ramai bumiputera memegang amanah saham di Malaysia.

3. Ini kerana salah satu sebab nya adalah pegangan amanah saham diantara bumiputera dengan non-bumiputera sangat jauh.

4. ASB adalah salah satu pelaburan yang boleh dikategorikan zero-risk kerana modal yang pelabur simpan di dalam ASB tidak akan berkurang.

5. ASB adalah salah satu dana di bawah PNB yang berharga tetap iaitu 1 unit berharga RM1. Apabila simpan RM100 kita akan mendapat 100 unit.

6. Mengapa simpanan di ASB dikategorikan zero-risk kerana modal pelabur boleh dikeluarkan bila-bila masa sahaja tanpa berkurang dan tiada caj yang dikenakan apabila pelabur menyimpan di dalamnya.

7. Namun begitu, had maksimum unit kali pertama bagi dewasa adalah 200K unit sahaja. Had maksimum ini boleh bertambah setiap tahun apabila had maksimum 200K telah penuh.

8. Keuntungan bagi pelabur ASB adalah daripada segi dividen dan juga bonus yang akan dibayar pada setiap 1hb Januari setiap tahun.

9. Bank menyediakan kemudahan pembiayaan ASB kepada para pelabur bagi memaksimumkan lagi keuntungan para pelabur.

10. Mengapa bank memberi kemudahan pembiayaan ASB kepada para pelabur ASB kerana disebabkan harga seunit ASB yang berharga tetap.

Tiada penerangan foto disediakan.
Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *