HANYA RM192 SEBULAN PTPTN SETTLE DAN MEMPUNYAI SIMPANAN RM13,795

Bagaimana melangsaikan pinjaman PTPTN dan pada masa yang sama mempunyai simpanan RM13795😮😮😮


Bagi yang berjaya menamatkan pengajian ijazah dengan jayanya, Faiz mengucapkan tahniah hasil usaha selama 3 atau 4 tahun dan akhirnya anda berjaya menamatkannya. Doakan Faiz juga berjaya dengan cemerlang dalam pengajian berbaki lagi setahun ini. Hehehe😁


Kegembiraan berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya bukanlah satu kesudahannya kerana perjalanan baru hendak bermula terutamanya bagi peminjam PTPTN (psstttt kena mula bayar 6 bulan dari tamat belajar ya). Habis belajar hutang telah tersedia menanti. Mesti ramai terfikir pinjam untuk belajar, habis belajar bayar hutang😂 tetapi itu lah kalau tidak buat pinjaman tidak dapat belajar pula.hehehe. Makanya adat meminjam hendak lah membayarnya. Betul tak😘


Faiz tak mahu bercakap panjang mesti awak semua bosan kan tunggu apa yang Faiz cuba sampaikan ini. Sabar sabar. Hahaha. Faiz nak kongsikan kepada awak2 semua bagaimana nak melangsaikan pinjaman PTPTN yang banyak tuh dalam masa yang sama mempunyai simpanan RM13795 setelah habis bayar😨 Jangan terkejut pula kerana ini bukan skim cepat kayap😰atau silap mata tetapi ianya adalah teknik manipulasi dengan menggunakan asb-financing 😜😜😜


Begini bagi yang tak tahu asb-financing itu apa? Ianya adalah satu kemudahan iaitu kita dapat memaksimumkan pelaburan kita di dalam ASB dengan membuat pinjaman bank. Pinjaman lagi😒??? Tak nak lah buat pinjaman bank kadar faedah tinggi lah (awak ini mari kita jumpa saya terangkan mengenai asb-financing inI dengan lebih jelas bagi betul2 faham). Padahal habis je belajar dah simpan hasrat nak beli kereta itu tak apa😪


Okay bagi yang berminat mari Faiz tunjukkan bagaimana nak buat apa yang Faiz beritahu diatas. Begini ya. Sebagai contoh, pinjaman PTPTN sebanyak RM26k dan ansuran RM188 selama 15 tahun. Setahun adalah RM2256 So bagaimana kita nak langsaikan dalam masa yang sama mempunyai simpanan dan pinjaman langsai??


Dengan menggunakan asbf iaitu mohon asbf RM35k rate 5.2% selama 30 tahun (ambil lama supaya bulanan rendah) dengan kadar bulanan RM192 sahaja. Layan bayar RM 192 selama setahun iaitu 12 bulan. Selepas setahun diumumkan dividen ASB adalah 6.75% (dividen 2016) iaitu sebanyak RM 2362. Dengan dividen ini bayar terus sahaja pinjaman PTPTN untuk tempoh setahun iaitu RM188×12 bulan = RM 2256.

So RM2362-RM2256= RM106. Baki RM106 ini biarkan sahaja di dalam ASB jangan diusik dan teruskan pembayaran asbf seperti biasa dan pinjaman PTPTN dibayar menggunakan dividen ASB. Selepas 15 tahun pinjaman PTPTN dan kita terminate asbf kita seterusnya berapa pulangan yang kita perolehi 😍😍😍 Tak sabarkan😅


Hasil selepas 16 tahun, hutang PTPTN pon langsai dan terus terminate asbf yg kita layan selama 16 tahun dan berapa yg akan anda perolehi :-

⏩ Lebihan dividen setiap tahun RM106×16= RM 1696

⏩ Prinsipal RM35k-RM22901(Baki nilai sijil bulan ke 192)= RM12099

⏩Jumlah keseluruhan = RM 13795

Kesimpulannya :-

1. Hutang PTPTN berjaya dilangsaikan mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

2. Hanya komitmen RM192 berjaya melangsaikan hutang PTPTN dan berjaya membuat simpanan sebanyak RM13795.

3. Hutang tetap perlu dibayar tetapi dengan cara yang bijak kita mampu mendapat cash back dengan asbf.

4. Anda perlu bijak hendak membayar sahaja hutang PTPTN setiap bulan selama 15 tahun atau anda mahu hutang langsai dan mendapat RM13795😁

Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *