BAHANA NAK CEPAT KAYA

Kadang-kadang bila Faiz fikir balik kalau seseorang tuh ditipu skim cepat kaya atau scammer. Salah siapa? Salah orang yang cipta skim tuh atau salah orang yang join tuh sendiri sebab nak cepat kaya (konon).
.
Sebenarnya jika tiada orang nak join skim begini pon tidak akan wujud. Skim ini wujud kerana ada peluang dan permintaan.
.
Perkara paling mudah sekali nak mengelak daripada terperangkap menjadi skim begini adalah anggap semua skim itu adalah tidak benar kecuali disahkan. Nak pastikan selamat adalah dengan semak dengan Suruhanjaya Sekuriti atau Bank Negara Malaysia kesahihan.
.
Jika tiada dapat apa-apa pengesahan daripada kedua-dua badan diatas ini. Tak perlu lah nak cuba-cuba ya. Ini sehingga ada yang membuat Personal Loan semata-mata nak mendapatkan pulangan tinggi dengan cepat.
.
Kebiasaan skim begini hanya bertahan paling lama selama 3 tahun sahaja. Waktu tuh founder skim cepat kaya ini dah mengaut cukup kekayaan untuk blah. Ayat yang biasa mereka gunakan apabila dah cukup kaya seperti :-

“ Akaun kena beku dengan BNM”.

“ Saya pon mangsa juga sebenarnya”.

“ Founder not found”. 
.
Kalau betul nak menjadi kaya cari lah ilmu dimana tempat yang sepatutnya untuk melabur. Jangan tergesa-gesa. 
.
Bak kata pepatah Jawa “ Biar Lambat Asalkan Selamat”. Banyak medium yang sah dan boleh berikan pulangan yang tinggi. Yang penting dengan ilmu.
.
Jika korang ada ilmu datang lah BAPAK segala scammer pon tak menjadi ilmu guna-guna tuh kepada korang. Silap-silap dia letak jawatan. hehehe

Tiada penerangan foto disediakan.
Share:

Author: cikgukew

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *